Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 27 Januari 2011

MAJLIS GOTONG ROYONG 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Konsep gotong royong pada tahun 2011 adalah untuk menjadikan "SURAU DALAM TAMAN". Majlis ini akan diadakan pada :
 Tarikh : 03 Februari 2011 (Khamis)
 Masa  : 8.00 pagi - 12.30 tengahari

Sesuai dengan konsep "SURAU DALAM TAMAN" maka aktiviti yang dirancang adalah :
a. Pembersihan dan mengemas dalam surau - Ust. Mohd Hasbi Ismail
b. Pembersihan longkang, kaki lima, dan padang permainan - Mr. Jumari Suparman
c. Perbersihan tandas dan tempat letak kereta - Mr. Jais
d. Pembentukan taman herba - Dr. Zainal Abidin Sait
e. Taman tropika - Mr. Idris & Ust. Mohd Akrabin
e. Pembinaan laluan pejalan kaki - Mr. Hanif
f. Merumput dan meracun persekitaran - Dr. Mohd Aris Othman

Antara individu yang berminat untuk menyumbang tanaman adalah :
a. Mangga - Ust. Abdul Halim, Dr. Mohd Aris, Mr. Romy, Mr. Zakaria, Mejar Ibrahim, & Mr. Zahari
b. Rambutan - Mr. Hamidi, Ck. Daud, & Mr. Jumari
c. Mata kucing - Ust. Akrabin, Mr. Abdul Khair, & Ust. Mohd Hasbi
d. Kelapa - Ust. Mohd Jusoh, Mr. Awie, Mr. Hasli, Mr. Idris, dan Mr. Idris (KOKO)
e. Herba - Dr. Zainal, Mr. Hanif, Mr. Abd Ishak, Mr. Lal Din, dan Mr. Nordin.

Adalah menjadi harapan semua agar konsep "SURAU DALAM TAMAN" ini akan mendapat keberkatan Allah dan Pengerusi serta AJK sentiasa mendoakan agar sumbangan tuan-tuan dan puan-puan akan mendapat balasan yang berganda dari Allah.

Terima kasih.

Ahad, 23 Januari 2011

Kata-Kata Aluan Pengerusi Surau 2011/2013

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana saudara dan saudari sudi menjengok ke blog rasmi Surau Taman Pulai Impian. Blog ini akan menjadi satu mekanisma perhubungan dua hala di antara AJK Surau dan seluruh kariah taman khususnya yang beragama Islam. Seringkali komunikasi terbatas oleh beberapa lingkungan kekangan seperti keterbatasan masa dan kekurangan peluang untuk kita berhubung. Lantas AJK telah menyediakan satu medium untuk kita terus dan terus berhubung demi mengukuhkan silaturrahim dan memartabatkan keindahan rumah Allah ini. Aspirasi kami adalah untuk menjadikan model pengurusan surau ini ke satu tahap yang amat membanggakan dan mampu menjadi contoh kepada surau-surau lain khususnya di sekitar Seremban, dan umumnya seluruh negara. Usaha kami akan bermakna jika mendapat sokongan mantap sepenuhnya dari seluruh kariah ini.

Pihak surau juga masih mengalu-alukan sebarang bentuk derma dalam memantapkan lagi perjalanan Surau Impian ini. AJK 2011/2013 yang dipilih baru-baru ini mempunyai perancangan jangka panjang iaitu untuk menyudahkan bahagian belakang surau yang hampir enam (6) bulan tertangguh kerana kekurangan dana. AJK juga merancang untuk membina sebuah setor, bilik kuliah, dan bilik mesyuarat pengurusan. Keseluruhan pembangunan ini menelan belanja hampir RM150 ribu. Justeru dermawan yang budiman amat perlu sebagai rakan kongsi Surau Impian di dunia dan akhirat. Sementara pelan jangka pendek Surau Impian adalah untuk memenuhkan aktiviti ilmiah dan kemasyarakatan surau.

Kejayaan Majlis Korban 2010 juga mendorong Surau Impian untuk mengadakan Majlis Korban Perdana pada tahun 2011. Surau Impian telah mebentuk AJK khusus untuk menjayakan program ini. Penyertaan saudara dan saudari adalah titik mula kejayaan kami. Malah setiap usaha kami menuntut penyertaan saudara dan saudari. Jadi, sama-samalah kita saling menyokong untuk menjadikan Surau Impian model Surau 1Malaysia.

Sekian, semoga dengan kehadiran blog ini, surau kita bertambah meriah.

Dr. Mohd Aris Othman
Pengerusi