Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 24 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 
Maaf Zahir & Batin
kepada 
Seluruh Muslimin dan Muslimat
Kariah Taman Pulai Impian

dan

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kerana
menyokong semua aktiviti Surau Impian.

Daripada
Pengerusi dan AJK Surau Impian 2011 

Isnin, 22 Ogos 2011

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH - MAJLIS BERBUKA

  1. AJK Surau Impian merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang menjayakan Majlis Berbuka Puasa yang berlangsung pada 20 Ogos 2011.
  2. Kepada penderma menu makanan utama iaitu Nasi Beriani Ayam yang ditempah dari Restoran Ya Salam...semoga Allah menggandakan pahala sumbangan anda.
  3. Kepada penderma lauk tambahan iaitu Kari Kambing...semoga Allah menggandakan pahala sumbangan anda dan rezeki anda akan terus bertambah.
  4. Kepada sumbangan pencuci mulut...buah rambutan dan buah kurma...semoga Allah menggandakan pahala sumbangan anda dan Allah memberkati keluarga anda.
  5. Kepada penderma minuman..Air Katira dan Air Teh O..semoga Allah menggandakan pahala sumbangan anda dan anda sentiasa dilingkari bahagia yang berganda.
  6. Kepada penderma dalam bentuk wang ringgit...semoga Allah menggandakan pahala sumbangan anda dan memberkati serta menggandakan rezeki anda.
  7. Kepada para tetamu yang hadir bersama juadah-juadah yang enak...kuih muih, pengat durian, dan macam-macam lagi..semoga Allah menggandakan pahala sumbangan anda dan anda akan terus mendapat apa yang anda hajatkan.
  8. Kepada mereka yang menymbangkan tenaga dan semangat dalam menjayakan majlis ini...semoga Allah menggandakan pahala sumbangan anda dan anda dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang hayat anda.
  9. Kepada Pak Imam yang mengimamkan Solat Maghrib, Isyak, Terawih, dan Witir serta Ustaz yang menyampaikan KulTuM (Kuliah tujuh minit)...Semoga Allah terus menganugerahi anda ilmu yang berguna di dunia serta akhirat.
  10. Kepada semua tetamu yang hadir....anda telah memberi kegembiraan kepada Rumah Allah ini...semoga anda semua menjadi tetamuNya yang amat dinanti-nantikan di sana.
  11. Terima kasih, terima kasih, terima kasih, dan terima kasih serta terima kasih.

Ahad, 14 Ogos 2011

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YABNS

  1. Pada 13 Ogos 2011(Sabtu), Surau Impian telah menerima sumbangan berjumlah RM3,500.00 untuk pembelian alat pengurusan jenazah dari Pejabat Y.A.B. Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
  2. Seluruh AJK Surau Impian dan Penduduk khususnya Umat Islam di Taman Pulai Impian ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga khususnya kepada Y.A.B. Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus atas sumbangan ini.
  3. Seluruh AJK Surau Impian juga ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Sdr. Arshad Jawi yang banyak membantu dalam menjayakan urusan ini.
  4. Harapan seluruh penduduk Islam di Taman Pulai Impian semoga Y.A.B. Menteri Besar akan terus menyokong permohonan kami untuk mendapatkan peruntukan tambahan yang telah dihantar melalui Pejabat Kewangan Negeri untuk menyiapkan banggunan tambahan Surau Impian.
  5. Doa kami iringkan semoga kepimpinan Y.A.B. akan terus mendapat keberkatan Allah. Semoga Islam terus berkembang di bawah pimpinan Y.A.B.
Wassalam dan terima kasih.

Rabu, 10 Ogos 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Berbuka Puasa 2011 anjuran Surau Impian akan diadakan pada:

Tarikh : 20 Ogos 2011/20 Ramadhan 1432 (Sabtu)
Masa  : 7.00 Malam
Tempat : Perkarangan Surau Impian

Aturcara Majlis adalah seperti berikut:
7.00 Malam : Ketibaan Ahli Kariah
7.24 Malam : Majlis Berbuka Puasa
                     Solat Maghrib
                     Pengisian Ilmu
                     Solat Isyak
                     Solat Terawih
                     Tahlil
                     Jamuan Moreh

AJK Surau Impian akan menyediakan makanan untuk berbuka. Para ahli kariah adalah diharapkan dapat membawa juadah ringan berupa kuih-muih atau makanan ringan yang lain.

SEMOGA ACARA INI MENDAPAT KERJASAMA AHLI KARIAH DAN MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH


                

Selasa, 2 Ogos 2011

WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1432 H / 2011 M

Untuk mengetahui waktu berbuka puasa sila klik url di bawah:

http://www.islam.gov.my/sites/default/files/puasa/ns2.pdf

JADUAL JAMUAN MOREH RAMADHAN 2011

  1. Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam khususnya sahabat semua di Taman Pulai Impian.
  2. Pihak Jawatankuasa sedang berusaha untuk menyediakan jadual jamuan moreh selepas solat terawih untuk puasa tahun ini. Jadual lengkap dijangka akan dapat dikeluarkan selewat-lewatnya pada malam ini iaitu 02 Ogos 2011.
  3. Walau bagaimanapun, jemaah adalah digalakkan mengadakan jamuan moreh pada malam-malam yang difikirkan sesuai dengan kemampuan sendiri. Jadual yang dikeluarkan oleh AJK hanyalah panduan untuk memudahkan urusan tersebut.
  4. Untuk tahun ini, kawasan jamuan adalah di tempat letak kereta Surau Impian. Sekiranya jemaah berniat untuk mengadakan jamuan moreh, sila letakkan makanan yang dibawa di tempat berkenaan. Minuman akan disediakan oleh AJK Surau Impian.
  5. Sesungguhnya bersedekah di bulan yang mulia ini sama nilainya dengan mengeluarkan zakat dalam bulan-bulan selain Ramadhan.
  6. Marilah kita sama-sama merebut peluang yang dibuka oleh ALLAH ini.
  7. Sekian. Wassalam.