Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 29 Oktober 2012

MESYUARAT AJK SURAU IMPIAN BIL. 3/2012

Kepada:

Semua AJK Surau Impian,
AJK Jiran Wanita,
AJK KRT,
Ahli Kariah Taman Pulai Impian,


Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat AJK Surau Impian Bil. 3/2012 akan diadakan pada:

Tarikh : 4 November 2012 (Ahad)
Masa : Selepas Solat Isyak
Tempat: Bilik Mesyuarat Surau Impian.

Agenda : 

i. Ucapan Pengerusi
ii. Membentang dan mengesahkan minit 2/2012
iii. Perkara berbangkit
iv. Pembentangan Kertas Kerja
a. Pembinaan Banggunan Tambahan Surau Impian
b. Majlis Khattan Perdana 2012
c. Kursus Penyediaan Nasi Arab

v. Hal-hal lain

Semua dijemput hadir. Surat panggilan mesyuarat akan menyusul kemudian.

Sekian. Terima kasih.

Rabu, 24 Oktober 2012

SOLAT SUNAT AIDILADHA 2012

Adalah dimaklumkan bahawa Solat Sunat Aidiladha 2012 akan dimulakan pada jam 8.00 pagi. Solat akan diimamkan oleh Al Fadil Ust. Mohd Akrabin bin Mohd Som.

Datang bersama keluarga untuk meriahkan Surau Kita.

Terima kasih.

Ahad, 21 Oktober 2012

MAJLIS KORBAN 2012

Assalamualaikum.

Adalah dimaklumkan Majlis Korban akan bermula pada jam 8.00 pagi pada 27 Oktober 2012 (Sabtu) di perkarangan Surau Impian. Semua peserta dan petugas diharap dapat berada di lokasi pada masa yang ditetapkan.

Adalah dimaklumkan juga, Acara Takbir rumah ke rumah akan bermula pada malam 25, 26, dan 27 Oktober 2012 (Khamis, Jumaat, Sabtu) selepas selesai jemaah menunaikan Solat Isyak. Peserta yang berminat hendaklah mendaftar di papan kenyataan surau.

"MERIAHKAN AIDULADHA 2012"

Sekian.

Rabu, 10 Oktober 2012

AJK KORBAN 2012

MAJLIS KORBAN AKAN DIADAKAN PADA 27 OKTOBER 2012 MULAI JAM 8.00 PAGI.
MAJLIS GOTONG ROYONG SEMPENA KORBAN AKAN DIADAKAN PADA 21 OKTOBER 2012 MULAI JAM 8.30 PAGI.

SENARAI AJK ADALAH SEPERTI BERIKUT:

Pengerusi : Dr. Zainal Abidin bin Sait
- Mempengerusi mesyuarat
- Aturan korban
- Penyediaan masterplan

Setiausaha : En. Norazman
- Mencari peserta
- Pungutan bayaran
- Pemakluman kepada peserta
- Keurusetiaan

Bendahari : En. Borhan
- Peruntukan untuk jamuan (RM500.00)
- Peruntukan lain

Persediaan Tempat: En. Abdul Khair
- Persediaan dua (2) khemah lengkap untuk 150 orang

Sembelihan : En. Idris
- Membuat sembelihan

Pengurus Acara & Promosi : Dr. Romy
- Menempah banner
- Mengawalselia perjalanan majlis

Makanan : En. Lal Din, En. Zakaria, & Jiran Wanita
- Sarapan pagi (bawaan ahli kariah)
- Makan Tengahari ( Kari Kambing, Nasi putih, Sup Tulang, Air Sirap)

Lapah dan Potong : Kaptain Ahmad Azuan
- Pengagihan kerja melapah dan memotong daging

Gotong Royong ; En. Nazli
- Menyediakan lubang utama
- Menyediakan lubang sembelihan
- Kebersihan kawasan surau

Pengagihan : En. Norhazemi, En. Hanif, & En. Juharlizam
- Peserta : 2 kg daging & 2 kg tulang
-Lain-lain : Sekilo daging

Rabu, 3 Oktober 2012

MESYUARAT MAJLIS KORBAN 2012

Kepada 
Semua AJK Surau Impian,
Pengerusi dan AJK KRT,
Pengerusi dan AJK Jiran Wanita,
Kariah Surau Taman Pulai Impian,

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Untuk Membincangkan Majlis Korban 2012 akan dijalankan pada:

Tarikh : 8 Oktober 2012 (Isnin)
Masa  : 9.00 Malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Surau Impian

Agenda :

Ucapan Pengerusi Program
Pembentangan Pelan Tindakan
Perbincangan
Hal-hal Lain
Penangguhan Mesyuarat

Pengerusi : Dr. Zainal Abidin bin Sait

Di atas kesediaan dan kehadiran tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

SETIAUSAHA
MAJLIS KORBAN SURAU IMPIAN 2012