Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 20 November 2012

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Assalamualaikum...

Pengerusi dan seluruh AJK Surau Impian merakamkan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada:

- Seluruh Penduduk Taman Pulai Impian,
- Penderma yang menjayakan program berkhatan dan sambutaan Maal Hijrah,
- Sukarelawan yang turut menjayakan program di atas,
- Para peserta Majlis berkhatan,
- Para Ibubapa, datuk, dan nenek yang turut terlibat,
- Balai Bomba Rahang,
- Sdr Muhammad Hanif dan Sdr. A. Jais,
- Hospital Tuanku Jaafar, 
- Restoran Dapur Almai
- KRT Taman Pulai Impian, 
- Jiran Wanita Taman Pulai Impian, dan 

SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG SUDI MEMERIAHKAN SAMA KEDUA-DUA MAJLIS TERSEBUT. 

SEMOGA ALLAH MENGGANDAKAN PAHALA TUAN DAN PUAN DAN SEMOGA TUAN DAN PUAN TERUS SUDI MEMERIAHKAN MAJLIS KAMI.

Selasa, 13 November 2012

BACAAN DOA AKHIR TAHUN & DOA AWAL TAHUN


Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H (Hari Rabu malam Khamis).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ahad, 4 November 2012

KURSUS PENYEDIAAN NASI ARAB

Adalah dimaklumkan AJK Surau Impian 2012 akan mengadakan Kursus Penyediaan Nasi Arab pada:

Tarikh    : 25 November 2012 (Ahad)
Masa     : 4.00 Ptg
Tempat  : Surau Impian

Aturcara Majlis :

8.00 pagi   : Pendaftaran Peserta
                   Taklimat
                   Demonstrasi Masakan
                   
                   Jamuan Makan
                   Bersurai

Kepada yang berminat sila lengkapkan borang di bawah dan kembalikan kepada:

i. Bob   
ii.Borhanuddin 
iii. Jiran Wanita
Nama        :  1.  ...................................................................................
                       2.....................................................................................
                       3.....................................................................................

Alamat : ...................................................................................................
              ..................................................................................................

Tandatangan ...................................................
Nama           (                                                               )
Tarikh :

MAJLIS BERKHATAN PERDANA 2012

Adalah dimaklumkan AJK Surau Impian 2012 akan mengadakan Majlis Berkhatan Perdana 2012 pada:

Tarikh    : 18 November 2012 (Ahad)
Masa     : 8.00 Pagi
Tempat  : Surau Impian

Aturcara Majlis :

8.00 pagi   : Pendaftaran Peserta
                   Majlis Berarak
                   Majlis Bersiram
                   Majlis Berkhatan
                   Solat Zohor dan Doa Selamat
                   Jamuan Makan
                   Bersurai

Kepada yang berminat bayaran sebanyak RM150.00 dikenakan. Sila lengkapkan borang di bawah dan kembalikan kepada:

i. Mej. Ibrahim Abu Bakar   : 013-3479335
ii.Dr. Zainal Abidin Sait : 016-9794837

Nama Anak :  1.  ...................................................................................
                       2.....................................................................................
                       3.....................................................................................
Nama Penjaga: ......................................................................................
Alamat : ...................................................................................................
              ..................................................................................................

Tandatangan Penjaga ...................................................
Nama           (                                                               )
Tarikh :

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Sambutan Maal Hijrah akan diadakan pada :

Tarikh    : 14 November 2012 (Rabu)
Masa     :  6.30 Ptg
Tempat  :  Surau Impian

Aturcara Majlis :

6.30 Ptg   : Bacaan Doa Akhir Tahun
                  Solat Maghrib
                  Bacaan Doa Awal Tahun
                  Ceramah oleh Ust. Fauzi Asmuni,
                  Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia.
                  Solat Isyak
                  Jamuan Makan
                  Bersurai.

"RAIKAN TAHUN BARU ISLAM SEBAGAI MUSLIM SEJATI"