Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 20 Jun 2011

JAWATAN KUASA KERJA MAJLIS ISRAK MIKRAJ

Tarikh : 09 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 7.00 Malam
Tempat : Surau Impian
Penasihat : Ust Hj Abd Halim bin Abdullah
Pengerusi : Dr. Mohd Aris b. Othman
Timbalan Pengerusi : Dr. Zainal Abidin bin Sait
Penyelaras : Ust Mat Jusoh
Tugas : Menentukan dan membuat jemputan penceramah
Setiausaha : En. Romy bin Abd Kadir
Tugas : Penyediaan dokumentasi dan surat-menyurat
Bendahari : En. Muhammad Ikhwan
Tugas : Kawalan dan seliaan kewangan
Juruacara : Ust Mohd Hasbi bin Ismail
Tugas : Mengacara majlis ceramah dan keseluruhan majlis
Jamuan : En. Zakaria bin Mustafa
Tugas : Menyediakan sajian untuk 200 orang dengan menu seperti berikut; nasi beriani/putih/ kari kambing, ayam berempah, jelatah, dan air sirap-oren.
Khemah : En. Khir
Tugas: Menyediakan dua (2) buah khemah yang lengkap dengan kerusi, meja. kain alas, kipas angin, dan lampu sebelum majlis berlangsung.
PA Sistem/ ICT : En. Daud bin Sulaiman
Tugas : Menyediakan peralatan PA sistem dan ICT semasa ceramah dijalankan
Kebersihan : En. Idris bin Lokman
Tugas : Memastikan persekitaran bersih sebelum, semasa, dan selepas acara berlangsung
Keselamatan : En. Baharum
Tugas : Mempastikan semua tetamu, jemputan, kenderaan, dan perkara yang berkaitan berada dalam keadaan terkawal.
Sambutan : Semua AJK yang tidak tersenarai di atas diminta menjadi J/K Sambutan semasa majlis berjalan.
Gotong royong memasak akan bermula pada jam 10.00 pagi. Semua ahli kariah dijemput hadir dalam majlis ini. Semoga dengan kehadiran tuan/puan majlis ini akan menjadi lebih bermakna.

Sabtu, 11 Jun 2011

MESYUARAT JK SURAU IMPIAN BIL. 4/2011

Kepada:
Semua AJK Surau Impian,
AJK KRT Taman Pulai Impian,
Jiran Wanita Taman Pulai Impian,
Jiran Muda Taman Pulai Impian.

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat JK Surau Taman Pulai Impian Bil. 4/2011 akan diadakan pada:

  • Tarikh : 19 Jun 2011 ( Ahad )
  • Masa : 9.00 malam - 10.30 malam
  • Tempat : Surau Taman Pulai Impian
Agenda Mesyuarat :

  1. Ucapan Pengerusi
  2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat lalu
  3. Perkara Berbangkit
  4. Pembentangan kewangan
  5. Pembentangan aktiviti utama
  6. Hal-hal lain
Semoga semua AJK yang berkenaan dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat tersebut di atas.

Sekian. Terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas.

Setiausaha