Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 25 Mei 2011

GAMBAR-GAMBAR KURSUS PENGURUSAN JENAZAH








AJK Surau Impian merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus tersebut. Semoga semua aktiviti Surau Impian yang akan datang mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua jemaah kariah.

Sabtu, 21 Mei 2011

PEMBACA SURAU IMPIAN MENCECAH ANGKA 1000

  1. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Pertama sekali Surau Impian mengalu-alukan kedatangan Pak Lang dan Hamba Jalil sebagai ahli Jemaah Kariah yang ke27 dan ke28. Tahniah kerana hati anda telah terbuka untuk menyintai Rumah Allah ini dan sudi menjadi sahabat Surau Impian yang serba kurang pengalaman ini.
  2. Perkara kedua adalah Surau Impian telah mendapat papan tanda yang ditaja sepenuhnya oleh seorang hamba Allah yang ikhlas. Sebelum itu, AJK Surau Impian telah berjaya mendapatkan tajaan RM1000 untuk tujuan membina papan tanda surau. Dengan kesudian penderma itu, maka wang RM1000 tersebut boleh disalurkan kepada keperluan lain Surau Impian. AJK dan seluruh Muslim Taman Pulai Impian merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada penderma Papan Tanda Surau Impian. Moga Allah membalas jasa baik hamba Allah tersebut.
  3. Perkara ketiga adalah pembaca blog Surau Impian telah amat-amat menghampiri angka 1000. Dijangkakan angka 1000 akan dicatatkan sebelum akhir Mei 2011. Surau Impian merakamkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang sudi melihat dan membaca blog rasmi Surau Impian. Teruskan membaca dan kemukakan komen anda untuk kebaikkan kita bersama.
  4. Perkara keempat adalah mengenai kutipan tahunan Surau Impian. AJK sehingga 15 Mei 2011 hanya menerima sumbangan daripada 6 orang penduduk Taman Pulai Impian. Sebenarnya sumbangan boleh disalurkan kepada semua AJK atau dimasukkan terus ke dalam akaun Surau Impian seperti yang tertera di atas BLOG. Sumbangan tersebut hanya berjumlah RM60 setahun atau 16.4 sen sehari. Walaupun begitu sumbangan ini besar ertinya kepada pembangunan dan pengurusan Surau Impian. AJK Surau Impian merayu kepada seluruh penduduk kariah untuk sudi menyumbang kepada Surau Impian. Sesungguhnya sumbangan tuan-tuan dan puan-puan akan menyemarakkan lagi keberkatan Surau Impian.
  5. Jika tuan-tuan ada sebarang pertanyaan dan permasalahan dengan pengurusan Surau Impian, terus berhubung dengan semua AJK yang tertera. Sekian. Terima kasih.

Rabu, 11 Mei 2011

PERUBAHAN TARIKH KURSUS PENYEMBELIHAN DAN MALAM BBQ

  1. Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog rasmi Surau Impian. Terima kasih kerana membaca dan terus membaca. Komen anda dialu-alukan dalam blog ini.
  2. Pada 8 Mei yang lalu, Surau Impian telah berjaya mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah. Terima kasih kepada Ustaz Hasbi, Khair, Wan, Ustaz Akrabin, Cikgu Daud, dan semua yang terlibat. Pujian dan penghargaan untuk Dr. Aris, Sdr. Khair, dan Pn. X yang secara sukarela menjadi model kursus.
  3. Dimaklumkan bahawa Kursus Penyembelihan dan Malam BBQ ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak, kerana kurangnya sambutan. Kursus hanya akan diteruskan sekiranya sambutan mencukupi.
  4. Sekian. Terima kasih.