Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 20 November 2012

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Assalamualaikum...

Pengerusi dan seluruh AJK Surau Impian merakamkan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada:

- Seluruh Penduduk Taman Pulai Impian,
- Penderma yang menjayakan program berkhatan dan sambutaan Maal Hijrah,
- Sukarelawan yang turut menjayakan program di atas,
- Para peserta Majlis berkhatan,
- Para Ibubapa, datuk, dan nenek yang turut terlibat,
- Balai Bomba Rahang,
- Sdr Muhammad Hanif dan Sdr. A. Jais,
- Hospital Tuanku Jaafar, 
- Restoran Dapur Almai
- KRT Taman Pulai Impian, 
- Jiran Wanita Taman Pulai Impian, dan 

SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG SUDI MEMERIAHKAN SAMA KEDUA-DUA MAJLIS TERSEBUT. 

SEMOGA ALLAH MENGGANDAKAN PAHALA TUAN DAN PUAN DAN SEMOGA TUAN DAN PUAN TERUS SUDI MEMERIAHKAN MAJLIS KAMI.

Selasa, 13 November 2012

BACAAN DOA AKHIR TAHUN & DOA AWAL TAHUN


Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H (Hari Rabu malam Khamis).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ahad, 4 November 2012

KURSUS PENYEDIAAN NASI ARAB

Adalah dimaklumkan AJK Surau Impian 2012 akan mengadakan Kursus Penyediaan Nasi Arab pada:

Tarikh    : 25 November 2012 (Ahad)
Masa     : 4.00 Ptg
Tempat  : Surau Impian

Aturcara Majlis :

8.00 pagi   : Pendaftaran Peserta
                   Taklimat
                   Demonstrasi Masakan
                   
                   Jamuan Makan
                   Bersurai

Kepada yang berminat sila lengkapkan borang di bawah dan kembalikan kepada:

i. Bob   
ii.Borhanuddin 
iii. Jiran Wanita
Nama        :  1.  ...................................................................................
                       2.....................................................................................
                       3.....................................................................................

Alamat : ...................................................................................................
              ..................................................................................................

Tandatangan ...................................................
Nama           (                                                               )
Tarikh :

MAJLIS BERKHATAN PERDANA 2012

Adalah dimaklumkan AJK Surau Impian 2012 akan mengadakan Majlis Berkhatan Perdana 2012 pada:

Tarikh    : 18 November 2012 (Ahad)
Masa     : 8.00 Pagi
Tempat  : Surau Impian

Aturcara Majlis :

8.00 pagi   : Pendaftaran Peserta
                   Majlis Berarak
                   Majlis Bersiram
                   Majlis Berkhatan
                   Solat Zohor dan Doa Selamat
                   Jamuan Makan
                   Bersurai

Kepada yang berminat bayaran sebanyak RM150.00 dikenakan. Sila lengkapkan borang di bawah dan kembalikan kepada:

i. Mej. Ibrahim Abu Bakar   : 013-3479335
ii.Dr. Zainal Abidin Sait : 016-9794837

Nama Anak :  1.  ...................................................................................
                       2.....................................................................................
                       3.....................................................................................
Nama Penjaga: ......................................................................................
Alamat : ...................................................................................................
              ..................................................................................................

Tandatangan Penjaga ...................................................
Nama           (                                                               )
Tarikh :

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Sambutan Maal Hijrah akan diadakan pada :

Tarikh    : 14 November 2012 (Rabu)
Masa     :  6.30 Ptg
Tempat  :  Surau Impian

Aturcara Majlis :

6.30 Ptg   : Bacaan Doa Akhir Tahun
                  Solat Maghrib
                  Bacaan Doa Awal Tahun
                  Ceramah oleh Ust. Fauzi Asmuni,
                  Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia.
                  Solat Isyak
                  Jamuan Makan
                  Bersurai.

"RAIKAN TAHUN BARU ISLAM SEBAGAI MUSLIM SEJATI"

Isnin, 29 Oktober 2012

MESYUARAT AJK SURAU IMPIAN BIL. 3/2012

Kepada:

Semua AJK Surau Impian,
AJK Jiran Wanita,
AJK KRT,
Ahli Kariah Taman Pulai Impian,


Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat AJK Surau Impian Bil. 3/2012 akan diadakan pada:

Tarikh : 4 November 2012 (Ahad)
Masa : Selepas Solat Isyak
Tempat: Bilik Mesyuarat Surau Impian.

Agenda : 

i. Ucapan Pengerusi
ii. Membentang dan mengesahkan minit 2/2012
iii. Perkara berbangkit
iv. Pembentangan Kertas Kerja
a. Pembinaan Banggunan Tambahan Surau Impian
b. Majlis Khattan Perdana 2012
c. Kursus Penyediaan Nasi Arab

v. Hal-hal lain

Semua dijemput hadir. Surat panggilan mesyuarat akan menyusul kemudian.

Sekian. Terima kasih.

Rabu, 24 Oktober 2012

SOLAT SUNAT AIDILADHA 2012

Adalah dimaklumkan bahawa Solat Sunat Aidiladha 2012 akan dimulakan pada jam 8.00 pagi. Solat akan diimamkan oleh Al Fadil Ust. Mohd Akrabin bin Mohd Som.

Datang bersama keluarga untuk meriahkan Surau Kita.

Terima kasih.

Ahad, 21 Oktober 2012

MAJLIS KORBAN 2012

Assalamualaikum.

Adalah dimaklumkan Majlis Korban akan bermula pada jam 8.00 pagi pada 27 Oktober 2012 (Sabtu) di perkarangan Surau Impian. Semua peserta dan petugas diharap dapat berada di lokasi pada masa yang ditetapkan.

Adalah dimaklumkan juga, Acara Takbir rumah ke rumah akan bermula pada malam 25, 26, dan 27 Oktober 2012 (Khamis, Jumaat, Sabtu) selepas selesai jemaah menunaikan Solat Isyak. Peserta yang berminat hendaklah mendaftar di papan kenyataan surau.

"MERIAHKAN AIDULADHA 2012"

Sekian.

Rabu, 10 Oktober 2012

AJK KORBAN 2012

MAJLIS KORBAN AKAN DIADAKAN PADA 27 OKTOBER 2012 MULAI JAM 8.00 PAGI.
MAJLIS GOTONG ROYONG SEMPENA KORBAN AKAN DIADAKAN PADA 21 OKTOBER 2012 MULAI JAM 8.30 PAGI.

SENARAI AJK ADALAH SEPERTI BERIKUT:

Pengerusi : Dr. Zainal Abidin bin Sait
- Mempengerusi mesyuarat
- Aturan korban
- Penyediaan masterplan

Setiausaha : En. Norazman
- Mencari peserta
- Pungutan bayaran
- Pemakluman kepada peserta
- Keurusetiaan

Bendahari : En. Borhan
- Peruntukan untuk jamuan (RM500.00)
- Peruntukan lain

Persediaan Tempat: En. Abdul Khair
- Persediaan dua (2) khemah lengkap untuk 150 orang

Sembelihan : En. Idris
- Membuat sembelihan

Pengurus Acara & Promosi : Dr. Romy
- Menempah banner
- Mengawalselia perjalanan majlis

Makanan : En. Lal Din, En. Zakaria, & Jiran Wanita
- Sarapan pagi (bawaan ahli kariah)
- Makan Tengahari ( Kari Kambing, Nasi putih, Sup Tulang, Air Sirap)

Lapah dan Potong : Kaptain Ahmad Azuan
- Pengagihan kerja melapah dan memotong daging

Gotong Royong ; En. Nazli
- Menyediakan lubang utama
- Menyediakan lubang sembelihan
- Kebersihan kawasan surau

Pengagihan : En. Norhazemi, En. Hanif, & En. Juharlizam
- Peserta : 2 kg daging & 2 kg tulang
-Lain-lain : Sekilo daging

Rabu, 3 Oktober 2012

MESYUARAT MAJLIS KORBAN 2012

Kepada 
Semua AJK Surau Impian,
Pengerusi dan AJK KRT,
Pengerusi dan AJK Jiran Wanita,
Kariah Surau Taman Pulai Impian,

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Untuk Membincangkan Majlis Korban 2012 akan dijalankan pada:

Tarikh : 8 Oktober 2012 (Isnin)
Masa  : 9.00 Malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Surau Impian

Agenda :

Ucapan Pengerusi Program
Pembentangan Pelan Tindakan
Perbincangan
Hal-hal Lain
Penangguhan Mesyuarat

Pengerusi : Dr. Zainal Abidin bin Sait

Di atas kesediaan dan kehadiran tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

SETIAUSAHA
MAJLIS KORBAN SURAU IMPIAN 2012

Isnin, 17 September 2012

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Pengerusi dan AJK Surau Impian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada:


  1. Pengerusi dan Seluruh J/k  KRT Taman Pulai Impian
  2. Pengerusi dan Seluruh J/k Jiran Wanita Taman Pulai Impian
  3. Pengerusi dan Seluruh J/k SRS Taman Pulai Impian
  4. Penyelaras DUN Sikamat
  5. Pejabat Perpaduan Daerah Seremban
  6. Seluruh penduduk yang sama-sama memeriahkan majlis,
  7. Juruacara
  8. Pembaca doa,
  9. Golongan Belia,
  10. Golongan kanak-kanak, dan semua yang terlibat kerana
TELAH BERJAYA MENGANJURKAN MAJLIS JAMUAN RAYA PERDANA DENGAN GILANG GEMILANG. 

JANGAN LUPA MAJLIS KORBAN YANG MENANTI KITA.

Rabu, 5 September 2012

JEMPUTAN JAMUAN HARIRAYA 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Jiran Wanita dan KRT akan mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidulfitri 2012 pada:

Tarikh : 15 September 2012 (Sabtu)
Masa : Jam 9 Malam
Tempat : Perkarangan Surau Impian.

AJK menyediakan menu istimewa untuk santapan bersama.

Jom...datang bersama keluarga.

Semua Ahli Kariah Di Jemput Memeriahkan Majlis Di Atas.

AJK Surau Impian.

Isnin, 27 Ogos 2012

MAJLIS KORBAN 2012

Adalah dimaklumkan bahawa Surau Impian akan mengadakan Majlis Korban Perdana sempena Hari Raya Korban 2012. Bayaran untuk satu bahagian adalah RM400.00 (Ringgit : Empat Ratus Sahaja). Jika ahli kariah berminat, sila isikan nama dan alamat dalam borang yang akan ditampal di papan kenyataan Surau Impian mulai 01 September 2012. 

Semua Ahli Kariah Dijemput Untuk Menyertai Ibadah Korban Ini.

Sekian. Terima kasih.

Rabu, 15 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI

PENGERUSI DAN AJK SURAU IMPIAN MERAKAMKAN UCAPAN SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI KEPADA:

A. SEMUA UMAT ISLAM
B. PENDUDUK KARIAH
C. JEMAAH YANG MEMILIH SURAU IMPIAN SEBAGAI TEMPAT SOLAT TARAWIH
D. ADIK-ADIK BAKAL PEMIMPIN KARIAH, DAN NEGARA
E. ANAK-ANAK KARIAH
F. PEMIMPIN YANG SENTIASA MENYOKONG AKTIVITI SURAU IMPIAN
G. SERTA SELURUH UMAT YANG MENGENALI SURAU IMPIAN.

MOHON DIMAAFKAN SEGALA KEKURANGAN DAN KESILAPAN YANG TERJADI KETIKA MENGURUSKAN SURAU IMPIAN.

SEKIAN.

Ahad, 12 Ogos 2012

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

AJK SURAU IMPIAN MERAKAMKAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MEJAYAKAN PROGRAM KEM IBADAH REMAJA DAN IFTAR PERDANA PADA 11 & 12 OGOS 2012. 


  • AJK
  • IMAM BERTUGAS
  • BILAL BERTUGAS
  • PENDERMA
  • PESERTA
  • JIRAN WANITA
  • KRT
  • PENCERAMAH
  • AJK JAMUAN
  • AHLI KARIAH YANG BERTUNGKUS LUMUS MELAKSANAKAN KERJA PENYEDIAAN, KEBERSIHAN, DAN PROMOSI
  • SEMUA YANG TERLIBAT
SEMOGA ALLAH MENGGANDAKAN PAHALA RAMADHAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN.

Ramadhan Karim.

Khamis, 9 Ogos 2012

Kem Ibadah Jiran Muda

Adalah dimaklumkan bahawa Kem Ibadah Jiran Muda akan diadakan pada:

11 dan 12 Ogos 2012.(Sabtu dan Ahad) 

Pendaftaran akan bermula pada Jam 4.00 Petang pada 11 Ogos 2012 (Sabtu).

 Bagi peserta yang tidak sempat menghantar borang penyertaan, borang tersebut masih boleh diserahkan semasa pendaftaran. 

Aturcara program akan diberikan semasa pendaftaran.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Ustaz Mohd Hasbi Ismail
Dr. Romy Abdul Kadir
Dr. Fazilah Ashari
Ustaz Rumi Elias
En. Hishamuddin 

Ahad, 5 Ogos 2012

PROGRAM IHYA RAMADHAN 1433H/2012

BIL
PROGRAM/AKTIVITI
TARIKH/HARI
CATATAN
1.
Tazkirah Nuzul 
Al-Quran
6.8.12 
(Isnin)
Imam Muda
 Fatah
2.
Bantuan Khas
 Aidilfitri
7.8.12 
(Selasa)
Lepas Maghrib
3.
Ceraman Memburu
 Lailatul Qadar
8.8.12 
(Rabu)
Ust Najib 
Nubhan
4.
Majlis Khatam 
Al-Quran
9.8.12
 (Khamis)
Ust Akrabin
5.
Kem Ibadah 
Jiran Muda
11 & 12.8.12
 (Sabtu & Ahad)
Ust Mohd 
Hasbi
6.
Majlis Berbuka 
Puasa (Iftar Perdana)
12.8.12 
(Ahad)
Semua Kariah 
TPI

Rabu, 1 Ogos 2012

KEM IBADAH JIRAN MUDA RAMADHAN 1433H

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA SURAU IMPIAN AKAN MENGADAKAN KEM IBADAH JIRAN MUDA SEMPENA RAMADHAN 1433H PADA:


TARIKH : 11 & 12 OGOS 2012 (SABTU & AHAD)
TEMPAT : SURAU IMPIAN


PENYERTAAN DIBUKA KEPADA SEMUA JIRAN MUDA YANG BERMUR 10-15 TAHUN. SEMUA IBUBAPA JUGA DIJEMPUT HADIR.


URUSETIA


Ust. Mohd Hasbi Ismail  :  017-3575802
YBhg. Dr. Romy Abdul Kadir : 019-2008582
YBhg. Dr. Fadilah : 019-2579871


TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 8 OGOS 2012 (RABU) JAM 8.00 MALAM.


"BERSAMA MENDAPATKAN PENGAMPUNAN ALLAH"

Ahad, 22 Julai 2012

SUMBANGAN MOREH SURAU IMPIAN

AJK SURAU ADA MENERIMA RUNGUTAN MENGENAI KEMERIAHAN SURAU SEPERTI BERKURANGAN APABILA MOREH TIDAK DIADAKAN. SEHUBUNGAN ITU, AJK SURAU MENJEMPUT KEPADA SEMUA JEMAAH UNTUK TURUT SAMA MENJAYAKAN MOREH MULAI MALAM KEEMPAT RAMADHAN. TUAN/PUAN BOLEH MEMBAWA JUADAH UNTUK DIKONGSI BERSAMA SELEPAS SELESAI SOLAT TERAWIH. PIHAK URUSETIA TELAH MENYEDIAKAN MEJA UNTUK TUAN/PUAN MELETAKKAN MAKANAN YANG DIBAWA.


"BERSAMA MERIAHKAN RAMADHAN KITA"

Jumaat, 20 Julai 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN JIRAN WANITA

AJK JIRAN WANITA DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT SELURUH AHLI KARIAH SURAU IMPIAN UNTUK TURUT SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN JIRAN WANITA TAMAN PULAI IMPIAN PADA:


TARIKH : 26 JULAI 2012 (KHAMIS)
MASA : 7.30 MALAM
TEMPAT : PERKARANGAN SURAU IMPIAN


AHLI KARIAH DIALU-ALUKAN UNTUK MEMBAWA DAN BERKONGSI JUADAH. SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEAMPUNAN DAN KEBERKATAN PADA RAMADHAN TAHUN INI.....AMIN.

Isnin, 9 Julai 2012

MAJLIS SAMBUTAN IHYA RAMADHAN 2012

Adalah dimaklumkan majlis Sambutan Ihya Ramadhan Surau Impian akan diadakan pada:


Tarikh : 15 Julai 2012 (Ahad)
Tempat : Surau Impian


Aturcara :


8.00 Pagi - Gotong Royong Kebersihan
1.00 Ptg - Gotong Royong Menyediakan Jamuan
7.00 Mlm - Ketibaan Kariah
                - Solat Maghrib
                - Ceramah Ihya Ramadhan
                - Solat Isyak
                - Jamuan
                - Bersurai


JOM MERIAHKAN RAMADHAN TAHUN 2012

Isnin, 2 Julai 2012

MESYURAT kERJA SAMBUTAN AWAL RAMADHAN

Tarikh : 8 Julai 2012
Masa  : 9.00 Mlm
Tempat : Surau Impian


Pelan tindakan Majlis Sambutan Awal Ramadhan 2012 peringkat Surau Impian
Tarikh    : 15 Julai 2012 (Ahad)
Aktiviti  : 1.          Gotong Royong                :               8.00 Pg – 1.00 Ptg
                                Ceramah              :               7.00 mlm – 9.30 mlm
Aturcara
Gotong Royong
Ceramah Awal Ramadhan
7.30 am – Pendaftaran
8.00 am – Mula gotong royong
10.30 am – Sarapan
11.00 am – Sambung gotong royong
1.00 ptg – Bersurai

7.00 mlm – Ketibaan Kariah
7.15 mlm – Ketibaan Penceramah
                  - Solat Maghrib
                  - Ceramah Awal Ramadhan
                  - Solat Isyak
                  - Jamuan
 10.30 mlm – Bersurai


Jawatankuasa
Pengerusi Bertindak
Tarikh mula : 2 Julai
Dr. Zainal Abidin Sait
i.                     Merancang dan membentuk pelan tindakan
ii.                   Mempengerusikan Mesyuarat
iii.                  Membuat promosi melalui blog

Bendahari
Tarikh mula : 7 Julai
En. Borhanuddin Daan
i.                     Menyediakan peruntukan tambahan berdasarkan cadangan Jawatankuasa kecil

Gotong Royong
Tarikh mula : 15 Julai
Ust. Mohd Akrabin Mat Som
En. Hishamuddin
i.                     Menyusun nak menanam pokok terpilih
ii.                   Membetulkan tandas wanita
iii.                  Mengemas ruang dalam surau
iv.                 Membersihkan persekitaran surau
Peruntukan : RM150.00

Jamuan
Tarikh Mula : 15 Julai
En. Zakaria Mustafa
En. Lal Din
En. Kamaruddin Amat
i.                     Menyediakan kari kambing
ii.                   Menyediakan nasi putih
iii.                  Menyediakan ayam goring berempah
iv.                 Sayur Jelatah Utara
v.                   Minuman – air oren/sirap/putih
Beras dan Kambing : Percuma
Ayam : 20 ekor
Sayur : Nenas, timun, bawang, tomato
Peruntukan : RM500.00
Sambutan
Tarikh Mula : 15 Julai
Dr. Mohd Aris Othman
En. Hamidin
i.                     Menyambut ketibaan kariah
ii.                   Menyambut ketibaan penceramah

Promosi/Jemputan
Tarikh Mula : 2 Julai
Dr. Romy Abdul Kadir
i.                     Membuat banner “MAJLIS SAMBUTAN AWAL RAMADHAN DAN PELANCARAN KEMPEN UNTUK BINA SURAU TAMAN PULAI IMPIAN”
Peruntukan: RM50.00

Muslimat
Tarikh Mula : 15 Julai
Pn. Aisha
Dr. Fazilah
i.                     Membantu J/k jamuan
ii.                   Membantu ketika proses hidangan
iii.                  Menyambut kariah wanita

Ceramah/Juruacara
Tarikh Mula : 5 Julai
Ust. Mohd Hasbi Ismail
i.                     Mencari dan menyediakan penceramah
ii.                   Mengiringi penceramah
iii.                  Menjadi juruacara Majlis
Peruntukan : RM300.00

Tempat
Tarikh Mula : 14 Julai
En. Abdul Khair Mahmood
i.                     Menyediakan 2 khemah yang lengkap dengan kerusi dan meja untuk 150 tetamu
ii.                   Menyediakan peralatan memasak
Peruntukan : RM300.00