Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 26 Mac 2011

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SIRI 1/2011

Assalamualaikum..

KURSUS INI DITANGGUHKAN KE SUATU TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN. KESULITAN AMAT DIKESALI.

Sukacita dimaklumkan bahawa Surau Impian akan mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah Siri 1/2011. Kursus ini adalah terbuka kepada semua penduduk Islam Taman Pulai Impian. Bayaran sebanyak RM30.00 dikenakan untuk menyertai kursus ini. Pendaftaran boleh dibuat mulai hari ini.

Bagi pendaftaran melalui SMS:

Taipkan KPJ jarak Nama Anda jarak Kad Pengenalan dan hantar ke 017-3575802 atau 016-9794837.

Bagi pendaftaran melalui email :

Taipkan KPJ jarak Nama Anda jarak Kad Pengenalan dan hantar azraie99@yahoo.com.my

Kursus ini akan diadakan pada 09 April 2011 bertempat di Surau Impian. Aturcara kursus adalah seperti berikut:

6.30 am         -  Solat Subuh
                         Ceramah Pengurusan Jenazah
                         Sarapan
                         Praktikal Pengurusan Jenazah
                         Solat Zuhur
                         Bersurai

Menguruskan jenazah adalah fardu kifayah. JOM KITA MELAKSANAKANNYA SUPAYA ORANG LAIN TAK PERLU BIMBANG FARDU INI TANGGUNGJAWAB SIAPA.....ADA BERANI!!!!!

Wassalam

JOM MENDAKI GUNUNG DATUK

Assalamualaikum...

Sukacita dimaklumkan bahawa Surau Impian akan mengadakan aktiviti mendaki Gunung Datuk di Rembau pada 23 April 2011. Pendaftaran boleh dimulakan mulai hari ini. Pendaftaran adalah melalui SMS dan email.

Bagi pendaftaran melalui SMS - Taipkan nama anda, jarak, dan no. kad pengenalan anda, jarak, taipkan PMGD dan hantar ke 016-9794837 atau 019-2008582.

Untuk pendaftaran melalui email sila sertakan nama anda, no. kad pengenalan anda dan taipkan PMGD dan hantar ke azraie99@yahoo.com.my.

Bayaran yang dikenakan untuk program ini adalah RM10.00 (Ringgit : Sepuluh ringgit sahaja) bagi setiap penyertaan.

Aturcara Program adalah seperti di bawah:

6.20 Pagi - Solat Subuh Berjemaah di Surau Impian
6.30 Pagi - Bertolak ke Gunung Datuk
7.30 Pagi - Sarapan
                  Taklimat Pendakian
                  Pendakian
                  Majlis Ilmu
                  Turun ke Bawah
                  Makan Tengahari
                  Solat Zuhur
                  Bertolak Balik.

Surau Impian mensasarkan 60 penyertaan. Penyertaan adalah terbuka kepada semua penduduk Taman Pulai Impian yang berumur 10 tahun dan ke atas. JOM KITA DAKI GUNUNG DATUK.....ADA BERANI!!!!!!

Wassalam.

Ahad, 20 Mac 2011

LAPORAN HIT BLOG SURAU IMPIAN

Assalamualaikum.

Blog surau mengalami kemorosotan hit mulai Februari 2011 hingga Mac 2011. Hit pada 30 Januari 2011 adalah 487. Namun sehingga 20 Mac 2011 hit blog Surauimpian hanya mencecah 561 hit. Banyak kemungkinan yang menyumbang kepada kemorosotan hit ini. Antaranya :

*  faktor kesibukan penduduk setempat menjelang cuti sekolah,
*  catatan terakhir yang dikemaskini hanya bertarikh 01 Mac 2011
*  banyak kenduri-kendara dan majlis kesyukuran penduduk setempat, dan
*  kesibukan bekerja di tempat bertugas.

Adalah diharapkan para penduduk menjadikan amalan melihat blog ini setiap hari dan membuat promosi blog ini kepada rakan-rakan anda. AJK Surau Impian menetapkan hit blog ini akan mencecah 1500 menjelang Jun 2011.

Sekian. Terima kasih.

Selasa, 1 Mac 2011

SUMBANGAN KARIAH JAN-JUN 2011

Assalamualaikum.

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat AJK telah bersetuju supaya setiap keluarga Muslim diberi peluang untuk turut menyumbang dalam aktiviti Surau Impian. Mesyuarat telah ,mencadangkan agar setiap keluarga menyumbang sebanyak RM30 untuk tempoh 6 bulan. Namun, mesyuarat juga bersetuju untuk tidak menetapkan jumlah sumbangan sebenar sebaliknya lebih mengutamakan nilai keikhlasan sumbangan tersebut. Semua AJK Surau Impian percaya keberkatan Surau Impian akan dijana oleh keikhlasan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan. Sumbangan tuan-tuan dan puan-puan boleh dibankkan terus dalam akaun di atas atau diserahkan kepada mana-mana AJK Surau Impian.

Selain itu, Surau Impian telah menerima beberapa cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam Mac-April 2011. Antara cadangan tersebut adalah Aktiviti Mendaki Gunung Datok, Rembau dan Sunday Easy Jogathon. Aktiviti ini akan dimulakan dengan solat Subuh berjemaah dan diteruskan dengan aktiviti yang dirancang.

Surau Impian juga menerima cadangan untuk mengadakan Kursus Korban Ruminan. Mengikut cadangan tersebut, kursus ini akan bermula pada sebelah petang dan diikuti dengan Majlis BBQ selepas solat Isyak. Pengerusi dan AJK Surau Impian sedang memperhalusi semua cadangan yang telah dikemukakan. Oleh itu, sumbangan tuan-tuan dan puan-puan akan mempastikan aktiviti yang dirancang dinikmati bersama.

Sekian.