Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 1 Mac 2011

SUMBANGAN KARIAH JAN-JUN 2011

Assalamualaikum.

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat AJK telah bersetuju supaya setiap keluarga Muslim diberi peluang untuk turut menyumbang dalam aktiviti Surau Impian. Mesyuarat telah ,mencadangkan agar setiap keluarga menyumbang sebanyak RM30 untuk tempoh 6 bulan. Namun, mesyuarat juga bersetuju untuk tidak menetapkan jumlah sumbangan sebenar sebaliknya lebih mengutamakan nilai keikhlasan sumbangan tersebut. Semua AJK Surau Impian percaya keberkatan Surau Impian akan dijana oleh keikhlasan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan. Sumbangan tuan-tuan dan puan-puan boleh dibankkan terus dalam akaun di atas atau diserahkan kepada mana-mana AJK Surau Impian.

Selain itu, Surau Impian telah menerima beberapa cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam Mac-April 2011. Antara cadangan tersebut adalah Aktiviti Mendaki Gunung Datok, Rembau dan Sunday Easy Jogathon. Aktiviti ini akan dimulakan dengan solat Subuh berjemaah dan diteruskan dengan aktiviti yang dirancang.

Surau Impian juga menerima cadangan untuk mengadakan Kursus Korban Ruminan. Mengikut cadangan tersebut, kursus ini akan bermula pada sebelah petang dan diikuti dengan Majlis BBQ selepas solat Isyak. Pengerusi dan AJK Surau Impian sedang memperhalusi semua cadangan yang telah dikemukakan. Oleh itu, sumbangan tuan-tuan dan puan-puan akan mempastikan aktiviti yang dirancang dinikmati bersama.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan