Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 21 November 2011

HARI KELUARGA JEMAAH SURAU 2011

  1. AJK Surau Impian bersama Kelab Pemain Golf Impian merancang untuk mengadakan Hari Keluarga 2011 bertempat di Tiara, Port Dickson.
  2. Tarikh yang dicadangkan adalah pada 17-18 Disember 2011 atau 24-25 Disember 2011.
  3. Kos penginapan dan makan minum untuk acara ini adalah ditanggung sendiri oleh peserta.
  4. Antara permainan yang dirancang adalah Golf, Bolatampar, Polo Air, Renang, dan Sukaneka.
  5. Hari keluarga ini akan diatur oleg Yg. Bhg. Dr. Romy Abdul Kadir. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi beliau di talian 019-2008582 untuk maklumat lanjut.
  6. Sehingga 22 Nov. 2011, lima buah keluarga telah bersetuju untuk menyertai acara ini.
  7. Harga untuk penginapan adalah RM180 (Studio Room), RM280 (2 bilik) dan RM380 (3 bilik).
  8. Sila sertakan nama anda dengan kadar segera untuk memudahkan urusetia.
  9. Meriah aktiviti, meriah kariah.

Jumaat, 18 November 2011

CADANGAN PENGERUSI AKTIVITI CUTI SEKOLAH DI SURAU IMPIAN

01.  PENDAHULUAN
            Dewasa ini, anak-anak amat terdedah kepada berbagai-bagai cabaran. Mereka terdedah dengan  pelbagai isu negatif seperti  tiada jati diri, rendah moral, tiada berhaluan dan dilanda pelbagai aktiviti yang boleh merosakkan akidah dan keperibadian.Hal ini  amat merunsingkan ibu bapa terutamanya. Sesungguhnya anak-anak  yang cemerlang dalam akhlak, keperibadian mahupun pelajaran sudah tentu didambakan oleh para ibu bapa. Bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dan mempunyai jatidiri yang mantap dalam cabaran globalisasi hari ini, mereka perlu kepada ilmu, pendedahan dan pemahaman dari pelbagai aspek terutama aspek agama.

02.  RASIONAL
            Musim cuti sekolah telah hampir tiba.Sudah pasti para ibu bapa sedang merancang dan mencari-cari  aktiviti yang bermanfaat untuk memenuhi aktiviti anak-anak mereka dalam musim cuti persekolahan kelak.
Justeru itu, Nadi Al-Azim @ Kelab Anak-anak Hebat (NAZIM)  mengambil inisiatif sempena cuti sekolah  ini untuk mengadakan ”Kem Huffaz Cilik 2” demi memastikan jiwa dan masa anak-anak diisi dengan aktiviti yang bermanfaat disamping dapat mendekatkan diri dengan ayat-ayat Allah.

03. OBJEKTIF

3.1     Menanam minat anak-anak untuk menghafaz dan mencintai Al-Quran sejak dari usia kecil.
3.2    Memantapkan jati diri anak-anak agar berakhlak mulia.
3.3    Mendidik anak-anak dengan pendidikan yang berkonsepkan pelajaran agama bagi menyediakan mereka untuk memasuki pintu kedewasaan
3.4   Mengisi masa lapang anak-anak dengam program yang bermanfaat.

04. TARIKH
            21 - 25 November 2011 (5 hari)

05. TEMPAT

Surau Taman Pulai Impian, Sikamat, Negeri Sembilan.
           
06.  KUMPULAN SASARAN

    Pelajar-pelajar berumur 8 – 13 tahun.

07.  AKTIVITI

7.1     Hafazan ayat-ayat lazim daripada surah-surah juz 30.
7.2    Hafazan surah-surah pilihan iaitu surah Yasin, Al-Waqiah, As-Sajadah, dan lain-lain.
7.3    Solat Sunat Dhuha
7.4   Slot pengisian minda seperti tayangan multimedia, video dan ceramah kesihatan, cerita
7.5    para sahabat/tokoh Islam.
7.6   Slot Uji Minda
7.7    Smart Sifir




08.  URUSETIA / AHLIJAWATANKUASA

Sila rujuk Lampiran 1

09.    TENTATIF PROGRAM

            Sila rujuk lampiran 2

10.    ANGGARAN PERBELANJAAN

            Sila rujuk lampiran 3

11.        YURAN

            RM 35 seorang (Sehari)
            RM 20 Seorang (Separuh Hari)

12. PENUTUP

Program sebegini diharapkan dapat memberi sedikit pendedahan kepada anak-anak akan kepentingan mencintai Al-Quran sejak usia kecil lagi disamping dapat menanam sifat jati diri Muslim.Semoga usaha yang kecil ini mendapat redha Allah.Amin.

TENTATIF PROGRAM   

21 November  2011 (Isnin)

08.30 – 09.00 pagi
Pendaftaran
09.00 – 9.30 pagi
Taklimat / Pembahagian Kumpulan Hafazan Juz 30 & Surah pilihan
09.30  – 10.30 pagi
Hafazan            
10.30 – 11.00 pagi
Solat Sunat Dhuha & minum pagi
11.00 – 11.15 pagi
Slot Santapan Minda
11.15 – 12.00 tengah hari
Tajwid
12.00 tengah hari
Rehat (Balik Rumah)
2.30 – 3.30 petang
Tayangan Multimedia
3.30 – 4.30 petang
Hafazan
4.30 petang
Solat Asar berjemaah dan bersurai



22 – 24 NOVEMBER  2011

08.30 – 10.00 pagi
Hafazan
10.00 – 10.30 pagi
Solat Sunat Dhuha dan minum pagi
10.30 – 11.00 pagi
Aktiviti bersama Fasilitator (kesihatan, pengetahuan am, Fardhu Ain)
11.00 – 11.15 pagi
Slot Santapan Minda
11.15 – 12.00 tengah hari
Tajwid
12.00 tengah hari
Rehat (Balik Rumah)
2.30 – 3.30 petang
Bijak Sifir / Kuiz / Uji Minda
3.30 – 4.30 petang
Hafazan
4.30 petang
Solat Asar berjemaah dan bersurai



25 NOVEMBER 2011

08.30 – 10.00 pagi
Hafazan
10.00 – 10.30 pagi
Solat Sunat Dhuha dan minum pagi
10.30 – 12.00 pagi
Ucapan, Penyampaian sijil dan penutup serta jamuan




Yuran penyertaan = RM 35.00 seorang
Lampiran 2 (B)

TENTATIF PROGRAM  

21 November  2011 (Isnin)

08.30 – 09.00 pagi
Pendaftaran
09.00 – 9.30 pagi
Taklimat / Pembahagian Kumpulan Hafazan Juz 30 & Surah pilihan
9.30  – 10.30 pagi
Hafazan            
10.30 – 11.00 pagi
Solat Sunat Dhuha & minum pagi
11.00 – 11.15 pagi
Slot Santapan Minda
11.15 – 12.00 tengah hari
Tajwid/Hafazan
12.00 tengah hari
bersurai


22 – 24 NOVEMBER  2011

08.30 – 10.00 pagi
Hafazan
10.00 – 10.30 pagi
Solat Sunat Dhuha dan minum pagi
10.30 – 11.00 pagi
Aktiviti bersama Fasilitator (kesihatan, pengetahuan am, Fardhu Ain)
11.00 – 11.15 pagi
Slot Santapan Minda
11.15 – 12.00 tengah hari
Tajwid/Hafazan
12.00 tengah hari
bersurai


25 NOVEMBER 2011

08.30 – 10.00 pagi
Hafazan
10.00 – 10.30 pagi
Solat Sunat Dhuha dan minum pagi
10.30 – 12.00 pagi
Ucapan, Penyampaian sijil dan penutup serta jamuan


Yuran Penyertaan RM 20.00 seorang
 

Isnin, 7 November 2011

LAPORAN POST MORTM MAJLIS KORBAN 2011

Tarikh    :               06 Nov. 2011 (Ahad)
Masa     :               10.00 Pagi
Tempat                :               Surau Impian
Laporan Keseluruhan
Secara umumnya Majlis Korban pada tahun 2011 telah Berjaya mengatasi beberapa masalah yang dihadapi semasa mengadakan majlis yang sama pada tahun 2010. Bilangan ternakan juga bertambah daripada 4 ekor (2010) kepada 9 ekor (2011). Bilangan peserta juga bertambah daripada 28 orang (2010) kepada 45 orang (2011). Secara tidak lansung ini menggambarkan kepercayaan kariah kepada Surau Impian semakin meningkat. Pada tahun 2010, majlis korban hanya mengadakan majlis makan tengahari, namun pada tahun ini majlis akan tengahari dan jamuan kesyukuran sebelah malam berjaya diadakan.
Kekuatan
Kekuatan yang paling ketara adalah kerjasama jitu yang berjaya diwujudkan dalam Jawatankuasa Korban 2011. Penyertaan beberapa muka baru dalam jawatankuasa telah menambah kemantapan barisan jawatankuasa sedia ada. Bilangan mesyuarat sebanyak tiga (3) kali dengan amalan keterbukaan dalam member, menerima dan memilih pendapat telah berjaya mengatasi beberapa kelemahan majlis yang sama pada tahun lalu. Sokongan dan kerjasama penduduk setempat juga merupakan kekuatan Surau Impian dalam menjayakan Majlis Korban 2011. Sokongan penduduk setempat dan kerjasama padu daripada semua AJK telah melancarkan Majlis Korban pada kali ini.
Kelemahan
Secara umumnya tidak ada sebarang kelemahan ketara dalam penganjuran majlis korban pada tahun ini. Walaupun begitu beberapa tindakan perlu diambil dalam melancarkan lagi dan menarik orang ramai untuk menyertai korban pada tahun akan datang.
Peluang
Adalah dianggarkan Surau Impian akan mampu menjadi model pengurusan surau alaf baru dengan sokongan padu daripada penduduk setempat. Dengan kadar pendapatan perkapita penduduk dijangka bertambah baik bilangan ternakan korban akan bertambah pada masa akan datang. Sokongan agensi yang berkaitan juga akan membolehkan Surau Impian menjadi sebuah surau multi-guna pada masa akan datang.
Ancaman
Masalah besar yang timbul di kalangan kariah penduduk setempat adalah umur purata penduduk yang berada dalam julat 30-40 tahun. Kumpulan ini akan meraikan setiap perayaan di kampong. Ini akan mengurangkan bilangan orang ramai yang menyertai kerja-kerja korban. Masalah ini akan berterusan untuk tempoh 10 tahun lagi. Untuk mengatasi masalah ini, setiap acara akan cuba dielakkan diadakan pada hari pertama setiap perayaan besar Islam.
Penutup & Penghargaan
Kejayaan semua majlis yang dianjurkan oleh Surau Impian bersandarkan kepada prinsip ‘Setiap Sumbangan Anda Dihargai di Sini’. AJK Surau Impian akan menghargai semua sumbangan sekalipun sumbangan tersebut dalam bentuk idea dan idea itu tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat. Justeru, AJK Surau Impian mendoakan setiap titik peluh anda yang turun dalam manjayakan semua majlis anjuran Surau Impian mendapat ganjaran pahala yang berganda dari ALLAH.
Terima Kasih.