01. PENDAHULUAN
Dewasa ini, anak-anak amat terdedah kepada berbagai-bagai cabaran. Mereka terdedah dengan pelbagai isu negatif seperti tiada jati diri, rendah moral, tiada berhaluan dan dilanda pelbagai aktiviti yang boleh merosakkan akidah dan keperibadian.Hal ini amat merunsingkan ibu bapa terutamanya. Sesungguhnya anak-anak yang cemerlang dalam akhlak, keperibadian mahupun pelajaran sudah tentu didambakan oleh para ibu bapa. Bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dan mempunyai jatidiri yang mantap dalam cabaran globalisasi hari ini, mereka perlu kepada ilmu, pendedahan dan pemahaman dari pelbagai aspek terutama aspek agama.
02. RASIONAL
Musim cuti sekolah telah hampir tiba.Sudah pasti para ibu bapa sedang merancang dan mencari-cari aktiviti yang bermanfaat untuk memenuhi aktiviti anak-anak mereka dalam musim cuti persekolahan kelak.
Justeru itu, Nadi Al-Azim @ Kelab Anak-anak Hebat (NAZIM) mengambil inisiatif sempena cuti sekolah ini untuk mengadakan ”Kem Huffaz Cilik 2” demi memastikan jiwa dan masa anak-anak diisi dengan aktiviti yang bermanfaat disamping dapat mendekatkan diri dengan ayat-ayat Allah.
03. OBJEKTIF
3.1 Menanam minat anak-anak untuk menghafaz dan mencintai Al-Quran sejak dari usia kecil.
3.2 Memantapkan jati diri anak-anak agar berakhlak mulia.
3.3 Mendidik anak-anak dengan pendidikan yang berkonsepkan pelajaran agama bagi menyediakan mereka untuk memasuki pintu kedewasaan
3.4 Mengisi masa lapang anak-anak dengam program yang bermanfaat.
04. TARIKH
21 - 25 November 2011 (5 hari)
05. TEMPAT
Surau Taman Pulai Impian, Sikamat, Negeri Sembilan.
06. KUMPULAN SASARAN
Pelajar-pelajar berumur 8 – 13 tahun.
07. AKTIVITI
7.1 Hafazan ayat-ayat lazim daripada surah-surah juz 30.
7.2 Hafazan surah-surah pilihan iaitu surah Yasin, Al-Waqiah, As-Sajadah, dan lain-lain.
7.3 Solat Sunat Dhuha
7.4 Slot pengisian minda seperti tayangan multimedia, video dan ceramah kesihatan, cerita
7.5 para sahabat/tokoh Islam.
7.6 Slot Uji Minda
7.7 Smart Sifir
08. URUSETIA / AHLIJAWATANKUASA
Sila rujuk Lampiran 1
09. TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk lampiran 2
10. ANGGARAN PERBELANJAAN
Sila rujuk lampiran 3
11. YURAN
RM 35 seorang (Sehari)
RM 20 Seorang (Separuh Hari)
12. PENUTUP
Program sebegini diharapkan dapat memberi sedikit pendedahan kepada anak-anak akan kepentingan mencintai Al-Quran sejak usia kecil lagi disamping dapat menanam sifat jati diri Muslim.Semoga usaha yang kecil ini mendapat redha Allah.Amin.
TENTATIF PROGRAM
21 November 2011 (Isnin)
08.30 – 09.00 pagi | Pendaftaran |
09.00 – 9.30 pagi | Taklimat / Pembahagian Kumpulan Hafazan Juz 30 & Surah pilihan |
09.30 – 10.30 pagi | Hafazan |
10.30 – 11.00 pagi | Solat Sunat Dhuha & minum pagi |
11.00 – 11.15 pagi | Slot Santapan Minda |
11.15 – 12.00 tengah hari | Tajwid |
12.00 tengah hari | Rehat (Balik Rumah) |
2.30 – 3.30 petang | Tayangan Multimedia |
3.30 – 4.30 petang | Hafazan |
4.30 petang | Solat Asar berjemaah dan bersurai |
22 – 24 NOVEMBER 2011
08.30 – 10.00 pagi | Hafazan |
10.00 – 10.30 pagi | Solat Sunat Dhuha dan minum pagi |
10.30 – 11.00 pagi | Aktiviti bersama Fasilitator (kesihatan, pengetahuan am, Fardhu Ain) |
11.00 – 11.15 pagi | Slot Santapan Minda |
11.15 – 12.00 tengah hari | Tajwid |
12.00 tengah hari | Rehat (Balik Rumah) |
2.30 – 3.30 petang | Bijak Sifir / Kuiz / Uji Minda |
3.30 – 4.30 petang | Hafazan |
4.30 petang | Solat Asar berjemaah dan bersurai |
25 NOVEMBER 2011
08.30 – 10.00 pagi | Hafazan |
10.00 – 10.30 pagi | Solat Sunat Dhuha dan minum pagi |
10.30 – 12.00 pagi | Ucapan, Penyampaian sijil dan penutup serta jamuan |
Yuran penyertaan = RM 35.00 seorang
Lampiran 2 (B)
TENTATIF PROGRAM
21 November 2011 (Isnin)
08.30 – 09.00 pagi | Pendaftaran |
09.00 – 9.30 pagi | Taklimat / Pembahagian Kumpulan Hafazan Juz 30 & Surah pilihan |
9.30 – 10.30 pagi | Hafazan |
10.30 – 11.00 pagi | Solat Sunat Dhuha & minum pagi |
11.00 – 11.15 pagi | Slot Santapan Minda |
11.15 – 12.00 tengah hari | Tajwid/Hafazan |
12.00 tengah hari | bersurai |
22 – 24 NOVEMBER 2011
08.30 – 10.00 pagi | Hafazan |
10.00 – 10.30 pagi | Solat Sunat Dhuha dan minum pagi |
10.30 – 11.00 pagi | Aktiviti bersama Fasilitator (kesihatan, pengetahuan am, Fardhu Ain) |
11.00 – 11.15 pagi | Slot Santapan Minda |
11.15 – 12.00 tengah hari | Tajwid/Hafazan |
12.00 tengah hari | bersurai |
25 NOVEMBER 2011
08.30 – 10.00 pagi | Hafazan |
10.00 – 10.30 pagi | Solat Sunat Dhuha dan minum pagi |
10.30 – 12.00 pagi | Ucapan, Penyampaian sijil dan penutup serta jamuan |
Yuran Penyertaan RM 20.00 seorang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan