Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 7 November 2011

LAPORAN POST MORTM MAJLIS KORBAN 2011

Tarikh    :               06 Nov. 2011 (Ahad)
Masa     :               10.00 Pagi
Tempat                :               Surau Impian
Laporan Keseluruhan
Secara umumnya Majlis Korban pada tahun 2011 telah Berjaya mengatasi beberapa masalah yang dihadapi semasa mengadakan majlis yang sama pada tahun 2010. Bilangan ternakan juga bertambah daripada 4 ekor (2010) kepada 9 ekor (2011). Bilangan peserta juga bertambah daripada 28 orang (2010) kepada 45 orang (2011). Secara tidak lansung ini menggambarkan kepercayaan kariah kepada Surau Impian semakin meningkat. Pada tahun 2010, majlis korban hanya mengadakan majlis makan tengahari, namun pada tahun ini majlis akan tengahari dan jamuan kesyukuran sebelah malam berjaya diadakan.
Kekuatan
Kekuatan yang paling ketara adalah kerjasama jitu yang berjaya diwujudkan dalam Jawatankuasa Korban 2011. Penyertaan beberapa muka baru dalam jawatankuasa telah menambah kemantapan barisan jawatankuasa sedia ada. Bilangan mesyuarat sebanyak tiga (3) kali dengan amalan keterbukaan dalam member, menerima dan memilih pendapat telah berjaya mengatasi beberapa kelemahan majlis yang sama pada tahun lalu. Sokongan dan kerjasama penduduk setempat juga merupakan kekuatan Surau Impian dalam menjayakan Majlis Korban 2011. Sokongan penduduk setempat dan kerjasama padu daripada semua AJK telah melancarkan Majlis Korban pada kali ini.
Kelemahan
Secara umumnya tidak ada sebarang kelemahan ketara dalam penganjuran majlis korban pada tahun ini. Walaupun begitu beberapa tindakan perlu diambil dalam melancarkan lagi dan menarik orang ramai untuk menyertai korban pada tahun akan datang.
Peluang
Adalah dianggarkan Surau Impian akan mampu menjadi model pengurusan surau alaf baru dengan sokongan padu daripada penduduk setempat. Dengan kadar pendapatan perkapita penduduk dijangka bertambah baik bilangan ternakan korban akan bertambah pada masa akan datang. Sokongan agensi yang berkaitan juga akan membolehkan Surau Impian menjadi sebuah surau multi-guna pada masa akan datang.
Ancaman
Masalah besar yang timbul di kalangan kariah penduduk setempat adalah umur purata penduduk yang berada dalam julat 30-40 tahun. Kumpulan ini akan meraikan setiap perayaan di kampong. Ini akan mengurangkan bilangan orang ramai yang menyertai kerja-kerja korban. Masalah ini akan berterusan untuk tempoh 10 tahun lagi. Untuk mengatasi masalah ini, setiap acara akan cuba dielakkan diadakan pada hari pertama setiap perayaan besar Islam.
Penutup & Penghargaan
Kejayaan semua majlis yang dianjurkan oleh Surau Impian bersandarkan kepada prinsip ‘Setiap Sumbangan Anda Dihargai di Sini’. AJK Surau Impian akan menghargai semua sumbangan sekalipun sumbangan tersebut dalam bentuk idea dan idea itu tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat. Justeru, AJK Surau Impian mendoakan setiap titik peluh anda yang turun dalam manjayakan semua majlis anjuran Surau Impian mendapat ganjaran pahala yang berganda dari ALLAH.
Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan