Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 11 Disember 2011

MESYUARAT JK SURAU IMPIAN BIL. 11/2011

Assalamualaikum.

Semua AJK Surau Impian,
Semua Ahli Kariah Surau Impian,
Semua AJK KRT Taman Pulai Impian,
Semua AJK Jiran Wanita Taman Pulai Impian

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat JK Surau Impian Bil. 11/2011 akan diadakan pada:

Tarikh   : 18 Disember 2011 (Ahad)
Tempat :  Surau Impian
Masa    :  8.45 malam - 10 malam

Agenda :

a. Ucapan Pengerusi
b. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil. 10/2011
c. Perkara Berbangkit
d. Pembentangan Kewangan Surau
e. Hal-hal lain
- Pembelian Penyaman Udara
- Persediaan Ceramah Penutup 2011
- Persediaan Mesyuarat Agung
- Pelan Tindakan 2012

Pengerusi : Yg. Bhg. Dr. Mohd Aris Othman

Kehadiran tuan/puan akan membantu menjayakan semua aktiviti surau.

Sekian. Terima kasih

CERAMAH MAAL HIJRAH - GERAKAN MUSLIM MINANGKABAU (GMM)

  1. Alhamdullillah, pada malam 11 Disember 2011 (Sabtu), Surau Impian telah menganjurkan satu ceramah yang bertajuk Gerakan Kristianisasi di Pulau Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia.
  2. Antara intipati ceramah tersebut adalah bagaimana Umat Islam di Kupulauan Mentawai yang berjumlah hampir 90% sehingga tahun 1997 berkurang kepada kurang 15% pada tahun 2011.
  3. Gerakan Kristianisasi ini didalangi oleh pemimpin di sana yang bukan beragama Islam. Golongan pemimpin ini telah mendiskriminasikan kaum Muslimin dengan pelbagai cara. Akibatnya, ramai yang sanggup menggadai akidah demi kesinambungan sesuap nasi.
  4. Antara kaedah lain proses pemurtadan ini adalah melalui perkahwinan. Pada awalnya golongan kristian (lelaki) akan memeluk agama Islam. Setelah memiliki anak, si isteri akan dipaksa menukar agama kepada Kristian. Cara yang digunakan adalah begitu kejam sama ada secara psikologi mahupun fizikal.
  5. Kaedah lain adalah dengan tidak mengagihkan bantuan kepada Umat Islam. Segala bantuan akan disalurkan melalui gereja. Maka, Umat Islam akan terpinggir dalam arus kemajuan.
  6. Natijahnya, kita hendaklah sedar bahawa pemimpin sangat penting dalam proses pemantapan Islam di sesebuah negara. Jadi, kita hendaklah berhati-hati dalam memilih pemimpin negara kita.
  7. Akhir sekali, GMM memerlukan bentuan Umat Islam dalam mencari dana untuk mengembalikan sinar Islam di Bumi Mentawai.
  8. Bantuan boleh diserahkan melalui Y. Bhg. Dr. Mohd Aris atau Al-Fadhil Ust. Mohd. Hasbi Ismail. Tarikh akhir mengemukakan derma adalah pada hari selasa 13 Disember 2011.
  9. Jangan lepaskan peluang berjihad ini.