- Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Pertama sekali Surau Impian mengalu-alukan kedatangan Pak Lang dan Hamba Jalil sebagai ahli Jemaah Kariah yang ke27 dan ke28. Tahniah kerana hati anda telah terbuka untuk menyintai Rumah Allah ini dan sudi menjadi sahabat Surau Impian yang serba kurang pengalaman ini.
- Perkara kedua adalah Surau Impian telah mendapat papan tanda yang ditaja sepenuhnya oleh seorang hamba Allah yang ikhlas. Sebelum itu, AJK Surau Impian telah berjaya mendapatkan tajaan RM1000 untuk tujuan membina papan tanda surau. Dengan kesudian penderma itu, maka wang RM1000 tersebut boleh disalurkan kepada keperluan lain Surau Impian. AJK dan seluruh Muslim Taman Pulai Impian merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada penderma Papan Tanda Surau Impian. Moga Allah membalas jasa baik hamba Allah tersebut.
- Perkara ketiga adalah pembaca blog Surau Impian telah amat-amat menghampiri angka 1000. Dijangkakan angka 1000 akan dicatatkan sebelum akhir Mei 2011. Surau Impian merakamkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang sudi melihat dan membaca blog rasmi Surau Impian. Teruskan membaca dan kemukakan komen anda untuk kebaikkan kita bersama.
- Perkara keempat adalah mengenai kutipan tahunan Surau Impian. AJK sehingga 15 Mei 2011 hanya menerima sumbangan daripada 6 orang penduduk Taman Pulai Impian. Sebenarnya sumbangan boleh disalurkan kepada semua AJK atau dimasukkan terus ke dalam akaun Surau Impian seperti yang tertera di atas BLOG. Sumbangan tersebut hanya berjumlah RM60 setahun atau 16.4 sen sehari. Walaupun begitu sumbangan ini besar ertinya kepada pembangunan dan pengurusan Surau Impian. AJK Surau Impian merayu kepada seluruh penduduk kariah untuk sudi menyumbang kepada Surau Impian. Sesungguhnya sumbangan tuan-tuan dan puan-puan akan menyemarakkan lagi keberkatan Surau Impian.
- Jika tuan-tuan ada sebarang pertanyaan dan permasalahan dengan pengurusan Surau Impian, terus berhubung dengan semua AJK yang tertera. Sekian. Terima kasih.
KETETAPAN MESYUARAT ADALAH UNTUK MENGENAKAN DERMA BULANAN SEBANYAK RM10.00 SEBULAN KEPADA SEMUA AHLI KARIAH YANG BERKEMAMPUAN DAN MENGADAKAN JADUAL BERTUGAS IMAM DAN BILAL. Untuk Menderma - BANK MUAMMALAT (N0. Akaun 0501-0003140-71-2)atau cek atas nama Surau Taman Pulai Impian
Jumlah Paparan Halaman
Sabtu, 21 Mei 2011
PEMBACA SURAU IMPIAN MENCECAH ANGKA 1000
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan