- Pada 13 Ogos 2011(Sabtu), Surau Impian telah menerima sumbangan berjumlah RM3,500.00 untuk pembelian alat pengurusan jenazah dari Pejabat Y.A.B. Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
- Seluruh AJK Surau Impian dan Penduduk khususnya Umat Islam di Taman Pulai Impian ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga khususnya kepada Y.A.B. Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus atas sumbangan ini.
- Seluruh AJK Surau Impian juga ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Sdr. Arshad Jawi yang banyak membantu dalam menjayakan urusan ini.
- Harapan seluruh penduduk Islam di Taman Pulai Impian semoga Y.A.B. Menteri Besar akan terus menyokong permohonan kami untuk mendapatkan peruntukan tambahan yang telah dihantar melalui Pejabat Kewangan Negeri untuk menyiapkan banggunan tambahan Surau Impian.
- Doa kami iringkan semoga kepimpinan Y.A.B. akan terus mendapat keberkatan Allah. Semoga Islam terus berkembang di bawah pimpinan Y.A.B.
KETETAPAN MESYUARAT ADALAH UNTUK MENGENAKAN DERMA BULANAN SEBANYAK RM10.00 SEBULAN KEPADA SEMUA AHLI KARIAH YANG BERKEMAMPUAN DAN MENGADAKAN JADUAL BERTUGAS IMAM DAN BILAL. Untuk Menderma - BANK MUAMMALAT (N0. Akaun 0501-0003140-71-2)atau cek atas nama Surau Taman Pulai Impian
Jumlah Paparan Halaman
Ahad, 14 Ogos 2011
UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YABNS
Rabu, 10 Ogos 2011
MAJLIS BERBUKA PUASA 2011
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Berbuka Puasa 2011 anjuran Surau Impian akan diadakan pada:
Tarikh : 20 Ogos 2011/20 Ramadhan 1432 (Sabtu)
Masa : 7.00 Malam
Tempat : Perkarangan Surau Impian
Aturcara Majlis adalah seperti berikut:
7.00 Malam : Ketibaan Ahli Kariah
7.24 Malam : Majlis Berbuka Puasa
Solat Maghrib
Pengisian Ilmu
Solat Isyak
Solat Terawih
Tahlil
Jamuan Moreh
AJK Surau Impian akan menyediakan makanan untuk berbuka. Para ahli kariah adalah diharapkan dapat membawa juadah ringan berupa kuih-muih atau makanan ringan yang lain.
SEMOGA ACARA INI MENDAPAT KERJASAMA AHLI KARIAH DAN MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Berbuka Puasa 2011 anjuran Surau Impian akan diadakan pada:
Tarikh : 20 Ogos 2011/20 Ramadhan 1432 (Sabtu)
Masa : 7.00 Malam
Tempat : Perkarangan Surau Impian
Aturcara Majlis adalah seperti berikut:
7.00 Malam : Ketibaan Ahli Kariah
7.24 Malam : Majlis Berbuka Puasa
Solat Maghrib
Pengisian Ilmu
Solat Isyak
Solat Terawih
Tahlil
Jamuan Moreh
AJK Surau Impian akan menyediakan makanan untuk berbuka. Para ahli kariah adalah diharapkan dapat membawa juadah ringan berupa kuih-muih atau makanan ringan yang lain.
SEMOGA ACARA INI MENDAPAT KERJASAMA AHLI KARIAH DAN MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH
Langgan:
Catatan (Atom)