Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 18 Julai 2011

BALASUNGKAWA EN. BASRI (540 PULAI VILLA)

Dukacita dimaklumkan bahawa, suami kepada Puan Junihah, En. Basri telah kembali ke rahmatullah pada 17 Julai 2011 (Ahad). Dimaklumkan bahawa Allahyarham diserang sakit jantung pada jam 3.00 petang dan menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.00 petang. Seluruh AJK Surau Impian dan Ahli Kariah Surau Impian merakamkan takziah kepada seluruh keluarga Puan Junihah.

Ketika hayatnya, Allahyarham banyak menghabiskan masa di Labuan kerana mengendali perniagaan di sana sementara isteri Allahyarham adalah seorang Ahli Kariah dan Jiranita Taman Pulai Impian yang amat aktif. Keluarga ini juga adalah ahli Tabung Khairat Taman Pulai Impian. Pada 16 Julai 2011 (Sabtu), keluarga Allahyarham masih sempat mengadakan kenduri kesyukuran sempena menyambut awal Ramadhan.

Atas kepergiaan beliau, seperti yang dijanjikan oleh AJK Tabung Khairat, Surau Impian akan mengadakan majlis Tahlil untuk tiga malam secara berturut-turut. Tahlil malam pertama telah diadakan pada 17 Julai 2011 di rumah Allahyarham.. Tahlil kedua telah diadakan pada 18 Julai 2011 di Surau Impian. Manakala tahlil terakhir akan diadakan selepas solat Maghrib pada malam ini iaitu 19 Julai 2011 (Selasa) di Surau Impian.

Kerana ini adalah janji AJK Tabung Khairat kepada ahli-ahlinya, maka AJK Surau Impian memohon jasa baik seluruh ahli kariah untuk hadir sama bagi kita menjayakan majlis bacaan Tahlil pada malam ketiga ini. Adalah menjadi harapan semua penduduk agar AJK Khairat akan meneruskan tradisi mulia ini kepada semua ahli-ahlinya.

Pengerusi dan seluruh AJK mengharapkan kerjasama dan kesediaan semua ahli kariah Surau Impian dalam menjayakan semua aktiviti Surau Impian. Hanya dengan kerjasama seluruh Ahli Kariah, Surau Impian akan mampu menjadi penggerak budaya Muslim era kini.

Sekian. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan