Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 27 Julai 2011

SELAMAT BERPUASA

  1. AJK Surau Impian 2011 mengucapkan selamat berpuasa kepada semua ahli Kariah Taman Pulai Impian yang selama ini begitu komited dalam mengimarahkan semua agenda dan aktiviti Surau Impian. Sempena ramadhan, Surau Impian akan mengadakan Solat Terawih berjemaah, jamuan moreh, majlis taddarus, majlis Qiamullail, majlis bacaan yassin, dan majlis tahlil arwah sepanjang ramadhan ini.
  2. Kepada yang berminat untuk memberi sumbangan moreh, nama tuan-tuan bolehlah dituliskan di papan kenyataan surau beserta tarikh cadangan. Untuk majlis yassin dan tahlil, sila berikan nama kepada Ust. Hasbi. Perkembangan program lain akan dimaklumkan kemudian.
  3. Untuk ahli kariah yang berniat untuk menyertai acara korban, senarai peserta korban akan ditutup pada 31/08/2011. Sila sertakan nama anda kepada Mej. Ibrahim Abu Bakar.
  4. Bayaran zakat fitrah boleh dibuat kepada Amil kariah yang akan diumumkan kemudian.
  5. Majlis berbuka puasa akan diumumkan kemudian.
"SENTIASA MELAYARI BLOG INI UNTUK MENGIKUTI PERKEMBANGAN SEMASA"

Isnin, 18 Julai 2011

BALASUNGKAWA EN. BASRI (540 PULAI VILLA)

Dukacita dimaklumkan bahawa, suami kepada Puan Junihah, En. Basri telah kembali ke rahmatullah pada 17 Julai 2011 (Ahad). Dimaklumkan bahawa Allahyarham diserang sakit jantung pada jam 3.00 petang dan menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.00 petang. Seluruh AJK Surau Impian dan Ahli Kariah Surau Impian merakamkan takziah kepada seluruh keluarga Puan Junihah.

Ketika hayatnya, Allahyarham banyak menghabiskan masa di Labuan kerana mengendali perniagaan di sana sementara isteri Allahyarham adalah seorang Ahli Kariah dan Jiranita Taman Pulai Impian yang amat aktif. Keluarga ini juga adalah ahli Tabung Khairat Taman Pulai Impian. Pada 16 Julai 2011 (Sabtu), keluarga Allahyarham masih sempat mengadakan kenduri kesyukuran sempena menyambut awal Ramadhan.

Atas kepergiaan beliau, seperti yang dijanjikan oleh AJK Tabung Khairat, Surau Impian akan mengadakan majlis Tahlil untuk tiga malam secara berturut-turut. Tahlil malam pertama telah diadakan pada 17 Julai 2011 di rumah Allahyarham.. Tahlil kedua telah diadakan pada 18 Julai 2011 di Surau Impian. Manakala tahlil terakhir akan diadakan selepas solat Maghrib pada malam ini iaitu 19 Julai 2011 (Selasa) di Surau Impian.

Kerana ini adalah janji AJK Tabung Khairat kepada ahli-ahlinya, maka AJK Surau Impian memohon jasa baik seluruh ahli kariah untuk hadir sama bagi kita menjayakan majlis bacaan Tahlil pada malam ketiga ini. Adalah menjadi harapan semua penduduk agar AJK Khairat akan meneruskan tradisi mulia ini kepada semua ahli-ahlinya.

Pengerusi dan seluruh AJK mengharapkan kerjasama dan kesediaan semua ahli kariah Surau Impian dalam menjayakan semua aktiviti Surau Impian. Hanya dengan kerjasama seluruh Ahli Kariah, Surau Impian akan mampu menjadi penggerak budaya Muslim era kini.

Sekian. Wassalam.

Sabtu, 16 Julai 2011

KEJOHANAN GOLF SURAU IMPIAN 2011

Asaalamualaikum dan salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa Kejohanan Golf Surau Impian 2011 akan diadakan pada:

Tarikh      :   31 Julai 2011 (Ahad)
Tempat    :   Palm Spring Royal Golf Club, PD
Masa       :    8.00 Pagi
Bayaran   : RM150 (Jemaah Surau), RM200 (Bukan Jemaah Surau)
Pengurus : En. Kamaruddin Amat :019-2429836
Sistem  : Modified Stabblefold 36

Kesemua pemain golf di Taman Pulai Impian dijemput menyertai kejohanan ini. Pamain Golf dari luar kariah juga boleh menyertai pertandingan yang berkonsepkan ikhwan sirraturrahim ini. Hubungi personel di atas untuk mendaftar. Pendaftaran dibuka sehingga 20 Julai 2011.

Sekian. Terima kasih.

"SURAU IMPIAN KE ARAH INTEGRASI DUNIA-AKHIRAT YANG SEMPURNA"

AJK Surau Impian

Selasa, 12 Julai 2011

GAMBAR-GAMBAR MAJLIS SAMBUTAN ISRAK-MAKRAJ









Assalamualaikum. Disertakan gambar-gambar yang sempat dirakam oleh lensa kamera urusetia sepanjang sambutan program tersebut. Majlis tersebut berlangsung amat meriah. AJK Surau Impian merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program akan datang akan semakin meriah. Sentiasa mengikuti blog ini untuk mengetahui perkembangan aktiviti seterusnya.

Wassalam