Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 15 Julai 2014

BAGAIMANA MENENTUKAN KADAR FIDYAH?

Kadar bayaran fidyah adalah berdasarkan harga secupak makanan asasi penduduk setempat. Kadar tersebut berubah bergantung kepada kadar harga fitrah yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan setiap tahun.
Kadar Bayaran Zakat Fitrah Negeri Sembilan adalah sebanyak 1 gantang bersamaan 2.751kg. Oleh yang demikian, kadar fidyah adalah bersamaan ¼ gantang iaitu sebanyak 688 gram.
Kadar fidyah yang diguna pakai oleh Pusat Zakat Negeri Sembilan ialah sebanyak ¼ daripada harga fitrah yang telah diwartakan.

Contoh kiraan :

Kaedah TimbanganSukatan Timbangan
1 Gantang2.751kg
1/4 Gantang (1 Cupak)688g

Kiraan Fidyah :
Seseorang itu meninggalkan puasa sebanyak 5 hari pada bulan Ramadhan 1430H, namun dia melambat-lambatkan qadhanya sehingga datang bulan Ramadhan 1431H, maka wajib baginya membayar fidyah di samping mengqadha puasanya yang tertinggal. Untuk mengetahui jumlah fidyah dalam bentuk sukatan atau timbangan adalah seperti berikut:
 - Jumlah qadha puasa adalah kekal sebanyak 5 hari 
 - 1 hari puasa yang ditinggalkan dikenakan 1 cupak atau 688 gram. 
 - 5 hari puasa dikenakan 5 cupak (688 gram x 5 = 3,438 gram iaitu sebanyak 3 kg 438g).
 - Sekiranya kadar fitrah pada 1430H adalah RM6.50, maka ¼ harga fitrah adalah  RM1.625
 - Oleh yang demikian, kadar fidyah bagi 5 hari yang ditinggalkan adalah sebanyak RM8.125

Semoga kita mendapat pengampunan dalam Ramadan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan