Assalamualaikum.
Blog surau mengalami kemorosotan hit mulai Februari 2011 hingga Mac 2011. Hit pada 30 Januari 2011 adalah 487. Namun sehingga 20 Mac 2011 hit blog Surauimpian hanya mencecah 561 hit. Banyak kemungkinan yang menyumbang kepada kemorosotan hit ini. Antaranya :
* faktor kesibukan penduduk setempat menjelang cuti sekolah,
* catatan terakhir yang dikemaskini hanya bertarikh 01 Mac 2011
* banyak kenduri-kendara dan majlis kesyukuran penduduk setempat, dan
* kesibukan bekerja di tempat bertugas.
Adalah diharapkan para penduduk menjadikan amalan melihat blog ini setiap hari dan membuat promosi blog ini kepada rakan-rakan anda. AJK Surau Impian menetapkan hit blog ini akan mencecah 1500 menjelang Jun 2011.
Sekian. Terima kasih.
KETETAPAN MESYUARAT ADALAH UNTUK MENGENAKAN DERMA BULANAN SEBANYAK RM10.00 SEBULAN KEPADA SEMUA AHLI KARIAH YANG BERKEMAMPUAN DAN MENGADAKAN JADUAL BERTUGAS IMAM DAN BILAL. Untuk Menderma - BANK MUAMMALAT (N0. Akaun 0501-0003140-71-2)atau cek atas nama Surau Taman Pulai Impian
Jumlah Paparan Halaman
Ahad, 20 Mac 2011
Selasa, 1 Mac 2011
SUMBANGAN KARIAH JAN-JUN 2011
Assalamualaikum.
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat AJK telah bersetuju supaya setiap keluarga Muslim diberi peluang untuk turut menyumbang dalam aktiviti Surau Impian. Mesyuarat telah ,mencadangkan agar setiap keluarga menyumbang sebanyak RM30 untuk tempoh 6 bulan. Namun, mesyuarat juga bersetuju untuk tidak menetapkan jumlah sumbangan sebenar sebaliknya lebih mengutamakan nilai keikhlasan sumbangan tersebut. Semua AJK Surau Impian percaya keberkatan Surau Impian akan dijana oleh keikhlasan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan. Sumbangan tuan-tuan dan puan-puan boleh dibankkan terus dalam akaun di atas atau diserahkan kepada mana-mana AJK Surau Impian.
Selain itu, Surau Impian telah menerima beberapa cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam Mac-April 2011. Antara cadangan tersebut adalah Aktiviti Mendaki Gunung Datok, Rembau dan Sunday Easy Jogathon. Aktiviti ini akan dimulakan dengan solat Subuh berjemaah dan diteruskan dengan aktiviti yang dirancang.
Surau Impian juga menerima cadangan untuk mengadakan Kursus Korban Ruminan. Mengikut cadangan tersebut, kursus ini akan bermula pada sebelah petang dan diikuti dengan Majlis BBQ selepas solat Isyak. Pengerusi dan AJK Surau Impian sedang memperhalusi semua cadangan yang telah dikemukakan. Oleh itu, sumbangan tuan-tuan dan puan-puan akan mempastikan aktiviti yang dirancang dinikmati bersama.
Sekian.

Langgan:
Catatan (Atom)