Assalamualaikum.
Semua AJK Surau Impian,
Semua Ahli Kariah Surau Impian,
Semua AJK KRT Taman Pulai Impian,
Semua AJK Jiran Wanita Taman Pulai Impian
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat JK Surau Impian Bil. 11/2011 akan diadakan pada:
Tarikh : 18 Disember 2011 (Ahad)
Tempat : Surau Impian
Masa : 8.45 malam - 10 malam
Agenda :
a. Ucapan Pengerusi
b. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil. 10/2011
c. Perkara Berbangkit
d. Pembentangan Kewangan Surau
e. Hal-hal lain
- Pembelian Penyaman Udara
- Persediaan Ceramah Penutup 2011
- Persediaan Mesyuarat Agung
- Pelan Tindakan 2012
Pengerusi : Yg. Bhg. Dr. Mohd Aris Othman
Kehadiran tuan/puan akan membantu menjayakan semua aktiviti surau.
Sekian. Terima kasih
KETETAPAN MESYUARAT ADALAH UNTUK MENGENAKAN DERMA BULANAN SEBANYAK RM10.00 SEBULAN KEPADA SEMUA AHLI KARIAH YANG BERKEMAMPUAN DAN MENGADAKAN JADUAL BERTUGAS IMAM DAN BILAL. Untuk Menderma - BANK MUAMMALAT (N0. Akaun 0501-0003140-71-2)atau cek atas nama Surau Taman Pulai Impian
Jumlah Paparan Halaman
Ahad, 11 Disember 2011
MESYUARAT JK SURAU IMPIAN BIL. 11/2011
CERAMAH MAAL HIJRAH - GERAKAN MUSLIM MINANGKABAU (GMM)
- Alhamdullillah, pada malam 11 Disember 2011 (Sabtu), Surau Impian telah menganjurkan satu ceramah yang bertajuk Gerakan Kristianisasi di Pulau Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia.
- Antara intipati ceramah tersebut adalah bagaimana Umat Islam di Kupulauan Mentawai yang berjumlah hampir 90% sehingga tahun 1997 berkurang kepada kurang 15% pada tahun 2011.
- Gerakan Kristianisasi ini didalangi oleh pemimpin di sana yang bukan beragama Islam. Golongan pemimpin ini telah mendiskriminasikan kaum Muslimin dengan pelbagai cara. Akibatnya, ramai yang sanggup menggadai akidah demi kesinambungan sesuap nasi.
- Antara kaedah lain proses pemurtadan ini adalah melalui perkahwinan. Pada awalnya golongan kristian (lelaki) akan memeluk agama Islam. Setelah memiliki anak, si isteri akan dipaksa menukar agama kepada Kristian. Cara yang digunakan adalah begitu kejam sama ada secara psikologi mahupun fizikal.
- Kaedah lain adalah dengan tidak mengagihkan bantuan kepada Umat Islam. Segala bantuan akan disalurkan melalui gereja. Maka, Umat Islam akan terpinggir dalam arus kemajuan.
- Natijahnya, kita hendaklah sedar bahawa pemimpin sangat penting dalam proses pemantapan Islam di sesebuah negara. Jadi, kita hendaklah berhati-hati dalam memilih pemimpin negara kita.
- Akhir sekali, GMM memerlukan bentuan Umat Islam dalam mencari dana untuk mengembalikan sinar Islam di Bumi Mentawai.
- Bantuan boleh diserahkan melalui Y. Bhg. Dr. Mohd Aris atau Al-Fadhil Ust. Mohd. Hasbi Ismail. Tarikh akhir mengemukakan derma adalah pada hari selasa 13 Disember 2011.
- Jangan lepaskan peluang berjihad ini.
Isnin, 21 November 2011
HARI KELUARGA JEMAAH SURAU 2011
- AJK Surau Impian bersama Kelab Pemain Golf Impian merancang untuk mengadakan Hari Keluarga 2011 bertempat di Tiara, Port Dickson.
- Tarikh yang dicadangkan adalah pada 17-18 Disember 2011 atau 24-25 Disember 2011.
- Kos penginapan dan makan minum untuk acara ini adalah ditanggung sendiri oleh peserta.
- Antara permainan yang dirancang adalah Golf, Bolatampar, Polo Air, Renang, dan Sukaneka.
- Hari keluarga ini akan diatur oleg Yg. Bhg. Dr. Romy Abdul Kadir. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi beliau di talian 019-2008582 untuk maklumat lanjut.
- Sehingga 22 Nov. 2011, lima buah keluarga telah bersetuju untuk menyertai acara ini.
- Harga untuk penginapan adalah RM180 (Studio Room), RM280 (2 bilik) dan RM380 (3 bilik).
- Sila sertakan nama anda dengan kadar segera untuk memudahkan urusetia.
- Meriah aktiviti, meriah kariah.
Jumaat, 18 November 2011
CADANGAN PENGERUSI AKTIVITI CUTI SEKOLAH DI SURAU IMPIAN
01. PENDAHULUAN
Dewasa ini, anak-anak amat terdedah kepada berbagai-bagai cabaran. Mereka terdedah dengan pelbagai isu negatif seperti tiada jati diri, rendah moral, tiada berhaluan dan dilanda pelbagai aktiviti yang boleh merosakkan akidah dan keperibadian.Hal ini amat merunsingkan ibu bapa terutamanya. Sesungguhnya anak-anak yang cemerlang dalam akhlak, keperibadian mahupun pelajaran sudah tentu didambakan oleh para ibu bapa. Bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dan mempunyai jatidiri yang mantap dalam cabaran globalisasi hari ini, mereka perlu kepada ilmu, pendedahan dan pemahaman dari pelbagai aspek terutama aspek agama.
02. RASIONAL
Musim cuti sekolah telah hampir tiba.Sudah pasti para ibu bapa sedang merancang dan mencari-cari aktiviti yang bermanfaat untuk memenuhi aktiviti anak-anak mereka dalam musim cuti persekolahan kelak.
Justeru itu, Nadi Al-Azim @ Kelab Anak-anak Hebat (NAZIM) mengambil inisiatif sempena cuti sekolah ini untuk mengadakan ”Kem Huffaz Cilik 2” demi memastikan jiwa dan masa anak-anak diisi dengan aktiviti yang bermanfaat disamping dapat mendekatkan diri dengan ayat-ayat Allah.
03. OBJEKTIF
3.1 Menanam minat anak-anak untuk menghafaz dan mencintai Al-Quran sejak dari usia kecil.
3.2 Memantapkan jati diri anak-anak agar berakhlak mulia.
3.3 Mendidik anak-anak dengan pendidikan yang berkonsepkan pelajaran agama bagi menyediakan mereka untuk memasuki pintu kedewasaan
3.4 Mengisi masa lapang anak-anak dengam program yang bermanfaat.
04. TARIKH
21 - 25 November 2011 (5 hari)
05. TEMPAT
Surau Taman Pulai Impian, Sikamat, Negeri Sembilan.
06. KUMPULAN SASARAN
Pelajar-pelajar berumur 8 – 13 tahun.
07. AKTIVITI
7.1 Hafazan ayat-ayat lazim daripada surah-surah juz 30.
7.2 Hafazan surah-surah pilihan iaitu surah Yasin, Al-Waqiah, As-Sajadah, dan lain-lain.
7.3 Solat Sunat Dhuha
7.4 Slot pengisian minda seperti tayangan multimedia, video dan ceramah kesihatan, cerita
7.5 para sahabat/tokoh Islam.
7.6 Slot Uji Minda
7.7 Smart Sifir
08. URUSETIA / AHLIJAWATANKUASA
Sila rujuk Lampiran 1
09. TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk lampiran 2
10. ANGGARAN PERBELANJAAN
Sila rujuk lampiran 3
11. YURAN
RM 35 seorang (Sehari)
RM 20 Seorang (Separuh Hari)
12. PENUTUP
Program sebegini diharapkan dapat memberi sedikit pendedahan kepada anak-anak akan kepentingan mencintai Al-Quran sejak usia kecil lagi disamping dapat menanam sifat jati diri Muslim.Semoga usaha yang kecil ini mendapat redha Allah.Amin.
TENTATIF PROGRAM
21 November 2011 (Isnin)
08.30 – 09.00 pagi | Pendaftaran |
09.00 – 9.30 pagi | Taklimat / Pembahagian Kumpulan Hafazan Juz 30 & Surah pilihan |
09.30 – 10.30 pagi | Hafazan |
10.30 – 11.00 pagi | Solat Sunat Dhuha & minum pagi |
11.00 – 11.15 pagi | Slot Santapan Minda |
11.15 – 12.00 tengah hari | Tajwid |
12.00 tengah hari | Rehat (Balik Rumah) |
2.30 – 3.30 petang | Tayangan Multimedia |
3.30 – 4.30 petang | Hafazan |
4.30 petang | Solat Asar berjemaah dan bersurai |
22 – 24 NOVEMBER 2011
08.30 – 10.00 pagi | Hafazan |
10.00 – 10.30 pagi | Solat Sunat Dhuha dan minum pagi |
10.30 – 11.00 pagi | Aktiviti bersama Fasilitator (kesihatan, pengetahuan am, Fardhu Ain) |
11.00 – 11.15 pagi | Slot Santapan Minda |
11.15 – 12.00 tengah hari | Tajwid |
12.00 tengah hari | Rehat (Balik Rumah) |
2.30 – 3.30 petang | Bijak Sifir / Kuiz / Uji Minda |
3.30 – 4.30 petang | Hafazan |
4.30 petang | Solat Asar berjemaah dan bersurai |
25 NOVEMBER 2011
08.30 – 10.00 pagi | Hafazan |
10.00 – 10.30 pagi | Solat Sunat Dhuha dan minum pagi |
10.30 – 12.00 pagi | Ucapan, Penyampaian sijil dan penutup serta jamuan |
Yuran penyertaan = RM 35.00 seorang
Lampiran 2 (B)
TENTATIF PROGRAM
21 November 2011 (Isnin)
08.30 – 09.00 pagi | Pendaftaran |
09.00 – 9.30 pagi | Taklimat / Pembahagian Kumpulan Hafazan Juz 30 & Surah pilihan |
9.30 – 10.30 pagi | Hafazan |
10.30 – 11.00 pagi | Solat Sunat Dhuha & minum pagi |
11.00 – 11.15 pagi | Slot Santapan Minda |
11.15 – 12.00 tengah hari | Tajwid/Hafazan |
12.00 tengah hari | bersurai |
22 – 24 NOVEMBER 2011
08.30 – 10.00 pagi | Hafazan |
10.00 – 10.30 pagi | Solat Sunat Dhuha dan minum pagi |
10.30 – 11.00 pagi | Aktiviti bersama Fasilitator (kesihatan, pengetahuan am, Fardhu Ain) |
11.00 – 11.15 pagi | Slot Santapan Minda |
11.15 – 12.00 tengah hari | Tajwid/Hafazan |
12.00 tengah hari | bersurai |
25 NOVEMBER 2011
08.30 – 10.00 pagi | Hafazan |
10.00 – 10.30 pagi | Solat Sunat Dhuha dan minum pagi |
10.30 – 12.00 pagi | Ucapan, Penyampaian sijil dan penutup serta jamuan |
Yuran Penyertaan RM 20.00 seorang
Isnin, 7 November 2011
LAPORAN POST MORTM MAJLIS KORBAN 2011
Tarikh : 06 Nov. 2011 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Surau Impian
Laporan Keseluruhan
Secara umumnya Majlis Korban pada tahun 2011 telah Berjaya mengatasi beberapa masalah yang dihadapi semasa mengadakan majlis yang sama pada tahun 2010. Bilangan ternakan juga bertambah daripada 4 ekor (2010) kepada 9 ekor (2011). Bilangan peserta juga bertambah daripada 28 orang (2010) kepada 45 orang (2011). Secara tidak lansung ini menggambarkan kepercayaan kariah kepada Surau Impian semakin meningkat. Pada tahun 2010, majlis korban hanya mengadakan majlis makan tengahari, namun pada tahun ini majlis akan tengahari dan jamuan kesyukuran sebelah malam berjaya diadakan.
Kekuatan
Kekuatan yang paling ketara adalah kerjasama jitu yang berjaya diwujudkan dalam Jawatankuasa Korban 2011. Penyertaan beberapa muka baru dalam jawatankuasa telah menambah kemantapan barisan jawatankuasa sedia ada. Bilangan mesyuarat sebanyak tiga (3) kali dengan amalan keterbukaan dalam member, menerima dan memilih pendapat telah berjaya mengatasi beberapa kelemahan majlis yang sama pada tahun lalu. Sokongan dan kerjasama penduduk setempat juga merupakan kekuatan Surau Impian dalam menjayakan Majlis Korban 2011. Sokongan penduduk setempat dan kerjasama padu daripada semua AJK telah melancarkan Majlis Korban pada kali ini.
Kelemahan
Secara umumnya tidak ada sebarang kelemahan ketara dalam penganjuran majlis korban pada tahun ini. Walaupun begitu beberapa tindakan perlu diambil dalam melancarkan lagi dan menarik orang ramai untuk menyertai korban pada tahun akan datang.
Peluang
Adalah dianggarkan Surau Impian akan mampu menjadi model pengurusan surau alaf baru dengan sokongan padu daripada penduduk setempat. Dengan kadar pendapatan perkapita penduduk dijangka bertambah baik bilangan ternakan korban akan bertambah pada masa akan datang. Sokongan agensi yang berkaitan juga akan membolehkan Surau Impian menjadi sebuah surau multi-guna pada masa akan datang.
Ancaman
Masalah besar yang timbul di kalangan kariah penduduk setempat adalah umur purata penduduk yang berada dalam julat 30-40 tahun. Kumpulan ini akan meraikan setiap perayaan di kampong. Ini akan mengurangkan bilangan orang ramai yang menyertai kerja-kerja korban. Masalah ini akan berterusan untuk tempoh 10 tahun lagi. Untuk mengatasi masalah ini, setiap acara akan cuba dielakkan diadakan pada hari pertama setiap perayaan besar Islam.
Penutup & Penghargaan
Kejayaan semua majlis yang dianjurkan oleh Surau Impian bersandarkan kepada prinsip ‘Setiap Sumbangan Anda Dihargai di Sini’. AJK Surau Impian akan menghargai semua sumbangan sekalipun sumbangan tersebut dalam bentuk idea dan idea itu tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat. Justeru, AJK Surau Impian mendoakan setiap titik peluh anda yang turun dalam manjayakan semua majlis anjuran Surau Impian mendapat ganjaran pahala yang berganda dari ALLAH.
Terima Kasih.
Ahad, 30 Oktober 2011
GILIRAN KORBAN 2011
GILIRAN KORBAN 2011
TARIKH : 06 NOV. 2011 (AHAD)
MASA 10.00 AM
PERTAMA (10.00 PAGI)
1. ROS FIRZANAH QASDINA BT ROSLY
2. NUR ARISHA BT MOHAMAD RUMAIZI
3. KHAIRUNNISA BT KHAIRUL ANUAR
KEDUA (10.20 PAGI)
1. NUR ARIEFAH BT MOHD MUSTAFA
2. NUR ANIZA BT MOHD MUSTAFA
3. AZIAH BT ISMAIL
4. ROHAYATI BT IDRIS
5. RAHAMAT BIN HAMZAH
6. NORRIZALWANI BT ABDULLAH
7. AMIRAH BT MUSTAZA
KETIGA (10.40 PAGI)
1. ABDUL MAULUD BIN HUSSAIN
2. MUHAMMAD ZIKRI BIN DAUD
3. MIFTAHUL ZUYYIN BT DAUD
4. NUHAMMAD DZAKIRIN BIN DAUD
5. AMERUL AIMAN BIN NORZIN
6. BORHANUDDIN BIN DA’AN
7. TUAH BIN ABDUL MANAF
KEEMPAT (11.00 PAGI)
1. INSYIRAH BT ROMY
2. JUNAIDAH BT NAYAN
3. ZAHURA BT AZIZ
4. MAZLI BIN MOHAMMAD LUDIN
5. AKBAL KHAN BIN NIK MOHAMMAD
6. ZAINAL ABIDIN BIN SAIT
7. NORFAZILAH BT. ISMAIL
KELIMA (11.20 PAGI)
1. MOHD AKRABIN BIN MD SOM
2. HASNAH BT MUDA
3. RUHMA BT MD SOM
4. MUHAMMAD AIMANUDDIN BIN JUMARI
5. MUHAMMAD SYAFIR HARIZ BIN MOHD HAZLI
6. SITI SARAH BT KAMARUDDIN
7. KAMARUDDIN BIN SUHOR
KEENAM (11.40 PAGI)
1. ISMAIL BIN ARSHAD
2. MARMUNAH BT HAMPUS
3. NORMAH BT ISMAIL
4. MUHAMMAD AIZAD BIN AZMAN
5. NUR ALIAH BT ZAINUL AZHAR
6. NUR ADLINA SOFIA BT SHAHRIL AZIZI
7. MUHAMMAD IRFAN HAIQAL BIN AZREQ
KETUJUH (12.00 TGH)
1. AZIZAH BT HAJI ALI
2. MOHAMAD ISMADI BIN ZAHARI
3. NOR HASLINA BT ZAHARI
4. MOHAMAD IZZHAR BIN ZAHARI
5. MOHAMAD AMIM BIN ZAHARI
6. MOHAMAD SHUKOR BIN ZAHARI
7. MOHAMAD RIDHWAN BIN ZAHARI
SEMUA PESERTA DIKEHENDAKI BERADA DI KHEMAH KORBAN 5 MINIT SEBELUM MASA SEMBELIHAN. NAMA PESERTA AKAN DIUMUMKAN 10 MINIT SEBELUM ACARA SEMBILIHAN DIMULAKAN.
KERJASAMA PESERTA DIDAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.
Langgan:
Catatan (Atom)