Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 8 April 2011

KEMUNCAK KARNIVAL SUKAN KRT TAMAN PULAI IMPIAN

Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.

1. Adalah dimaklumkan bahawa Kemuncak Karnival Sukan Taman Pulai Impian akan diadakan pada:
                          Tarikh  : 01 May 2011
                          Tempat : TPI Lake Park
                          Masa : 8.00 am- 1.00 pm.
2. Antara perkara penting yang akan diadakan adalah PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG UPSR (4A ke atas), PMR (5A ke atas) , DAN SPM (5A ke atas) 2010. Bagi para pelajar yang memiliki keputusan seperti di atas, sila maklumkan nama kepada Puan Aisha di 012-6352537 pada atau sebelum 24 April 2011.

3. Kepada SEMUA PEMENANG ACARA SUKAN SEPANJANG KARNIVAL SUKAN DIADAKAN, tuan/puan dikehendaki hadir untuk menerima hadiah pada hari karnival berkenaan di adakan. Sila kemukakan nama tuan/puan semasa pendaftaran.

4. Acara sukaneka akan diadakan pada jam 8.30 pagi dan pendaftaran sukaneka bermula pada jam 8.00 pagi. Acara sukaneka adalah untuk kanak-kanak 7-12 tahun ( Memancing Botol), Remaja Perempuan 13-18 tahun (sayang sayang sayang...), Remaja Lelaki 13 - 18 tahun (4X30m dalam guni) , dan Veteran Lelaki/Wanita 50 tahun ke atas (5 ball putting mat). Hadiah akan diberikan kepada pemenang dari tempat pertama hingga ke -3.

5. Berita baik untuk golongan wanita yang kreatif, innovatif dan berjiwa besar. Pertandingan gubahan tuala mandi akan diadakan pada hari tersebut. Sila buat gubahan di rumah dan bawa hasil gubahan semasa hari karnival. Pendaftaran pertandingan gubahan juga bermula pada jam 8.00 pagi. Hadiah johan, naib johan, dan ketiga disediakan.

6. Majlis ini akan disempurnakan oleh, YB Dato' Mohammad Razi bin Hj. Kail.

MARI MERIAHKAN MAJLIS KEMUNCAK KARNIVAL SUKAN TAMAN PULAI IMPIAN. KEJAYAAN MAJLIS INI AKAN MENJADI TANDA ARAS MAJLIS PADA TAHUN BERIKUTNYA.

Sekian. Terima kasih.

b.p. Pengerusi dan AJK KRT TPI 2010/2011

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum..Ucapan terima kasih kepada Dr. Zainal Abidin atas hebahan majlis krt di dalam blog ini..

    BalasPadam