Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 19 April 2011

PERUBAHAN TARIKH KURSUS JENAZAH DAN MAJLIS BBQ BULANAN

  1. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua jemaah Surau Impian dan Penduduk Taman Pulai Impian yang dirahmati Allah.
  2. Adalah dimaklumkan bahawa tarikh baru Kursus Pengurusan Jenazah akan diadakan pada 8 Mei 2011 mulai jam 8.30 pagi. Sila lihat terbitan sebelum ini yang berkaitan. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga ke tarikh Kursus Jenazah tersebut dijalankan.
  3. Majlis BBQ Kambing dan Kursus Penyembelihan Ringkas Ruminan akan diadakan pada 15 Mei 2011. Kursus akan bermula pada jam 10.00 pagi. Bayaran untuk membeli kambing adalah RM600. Surau Impian mensasarkan penyertaan minima 30 peserta. Bayaran yang akan dikenakan adalah RM30 bagi setiap peserta. Bayaran hendaklah dikemukakan kepada Dr. Mohd Aris Othman. Peserta juga boleh membawa ayam hidup untuk amali penyembelihan. Ayam tersebut juga akan digunakan dalam Majlis BBQ.
  4. Surau Impian mengharapkan kerjasama semua dalam menjayakan kedua-dua majlis ini. Marilah kita melupakan sebentar kesibukan duniawi untuk mencari ketenangan yang abadi. Kadangkala kesibukkan akan menyebabkan kita terlupa di mana bumi yang kita pijak. Sedang, sebenarnya kita masih berpijak di bumi yang sama.
  5. Sekian. Semoga Allah memberkati kedua-dua majlis ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan