Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 10 Jun 2012

Notis Panggilan Mesyuarat Agung Kali Ke-3


Ruj Kami : STPI/06/12(01)
Ruj Tuan :
Tarikh : 14 Rejab 1433H / 4 Jun 2012

Kepada :

Semua Ahli Kariah
Taman Pulai Impian


Tuan,


JEMPUTAN KE MESYUARAT AGONG KALI KE-3 SURAU TAMAN PULAI IMPIAN DAN CADANGAN USUL


Dengan sukacitanya saya ingin menarik perhatian tuan/puan kepada  perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan Surau Taman Pulai Impian akan mengadakan Mesyuarat Agong Kali ke-3 seperti berikut :

            Tarikh   :  24 Jun 2012 (Ahad)
            Jam       :  2.30 Petang
            Tempat :  Perkarangan Surau Taman Pulai Impian

3.         Bersama-sama surat ini dilampirkan jika ada cadangan usul perlu dibawa ke mesyuarat Agong Kali ke-3. Semua cadangan usul perlu dihantar kepada Dr. Zainal Abidin b. Sait selewat-lewatnya atau pada 20 Jun 2012 (Rabu).

3.         Kehadiran tuan/puan dialukan-alukan supaya dapat menyumbangkan idea dan tenaga dalam mengimarahkan surau. Segala kerjasama pihak Tuan di dalam hal ini kami pihak AJK surau Taman Pulai Impian mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.


Yang benar

                t.t
……………………………..
(ROMY BIN ABD KADIR)
Setiausaha
Surau Taman Pulai Impian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan